JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini meningkat ke angka 108.7 juta.

Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih negara paling teruk terjejas dengan lebih 27.6 juta kes.

Ini diikuti India dengan 10.9 juta kes dan Brazil dengan lebih 9.8 juta kes.

Manakala negara yang melebihi angka 3 juta kes ialah United Kingdom, Rusia, Perancis dan Sepanyol.

Itali, Turki, Jerman, Colombia dan Argentina mencatat lebih 2 juta kes.

Mexico, Poland, Afrika Selatan, Iran, Ukraine, Peru, Indonesia, Czechia dan Belanda pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.