JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 68 juta berikutan lebih 610,000 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Kes positif global kini berjumlah 68,010,230.

Setakat pagi Rabu (9 Disember), data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan 15.08 juta kes jangkitan.

Ini diikuti India dengan 9.7 juta kes, manakala Brazil merekodkan 6.62 juta kes.

Negara yang melepasi angka dua juta kes ialah Rusia (2,492,713) dan Perancis (2,362,871).

Jangkitan positif COVID-19 Itali (1,757,394), United Kingdom (1,754,881), Sepanyol (1,702,328), Argentina (1,466,309), Colombia (1,377,100), Jerman (1,218,026), Mexico (1,182,249), Poland (1,076,180) dan Iran (1,062,397) pula melepasi satu juta kes. 

Itali merekodkan sebanyak 1,757,394 kes jangkitan positif COVID-19 setakat Rabu (9 Disember).

Sementara itu, Peru (973,912), Turki (893,630), Ukraine (855,054),  Afrika Selatan (821,889), Belgium (592,615), Indonesia (586,842), Belanda (579,919), Iraq (568,138), Chile (563,534), Czechia (551,070) dan Romania (524,675) termasuk dalam negara yang merekodkan angka lebih setengah juta kes.

Negara dalam lingkungan angka 300,000 hingga 500,000 kes jangkitan koronavirus adalah Bangladesh (481,945), Filipina (442,785), Kanada (429,628), Pakistan (423,179), Maghribi (384,088), Arab Saudi (359,115), Switzerland (358,568), Israel (348,015), Portugal (327,976) dan Austria (308,070).

Dalam pada itu, sebanyak 34 negara merekodkan angka positif dalam lingkungan 100,000 hingga 300,00 kes.

Kebanyakan negara lain masih merekodkan angka positif di bawah 100,000 kes, termasuk Malaysia.



Dalam perkembangan berkataitan, jumlah kumulatif kematian akibat pandemik COVID-19 melepasi 1.55 juta kes di seluruh dunia.

Statistik Johns Hopkins University menunjukkan, jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 terkini adalah sebanyak 1,553,025 juta kes.

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 285,518 kes, diikuti Brazil dengan 177,317 kes.

India dan Mexico pula masing-masing merekodkan lebih 140,958 dan 110,074 kes kematian.

Sementara itu, United Kingdom (62,130), Itali (61,240), Perancis (56,444) dan Iran (50,917) merekodkan angka kematian lebih 50,000 kes.

Angka korban di Sepanyol (46,646) dan Rusia (43,674) pula melepasi angka 40,000 kematian.
Dalam pada itu, negara yang melepasi angka 30,000 termasuk Argentina (39,888), Colombia (37,995) dan Peru (36,274).

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 285,518 kes, diikuti Brazil dengan 177,317 kes.

Afrika Selatan (22,432) dan Poland 20,592) merekodkan angka kematian lebih 20,000.

Jerman (19,709), Indonesia (18,000), Belgium (17,386), Chile (15,680) dan Turkey (15,314) catat angka kematian lebih 15,000.

Lain-lain negara masih merekodkan angka korban bawah 15,000 kes.