Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 74 juta kes.
Ini diikuti India dan Brazil dengan masing-masing merekodkan 41 juta kes dan 25 juta kes.
Negara yang melebihi angka 11 juta kes adalah Perancis, United Kingdom, Turki dan Rusia.
Sementara Itali merekodkan lebih 10 juta kes, manakala Sepanyol dan Jerman, 9 juta kes.
Di Asia Tenggara, Indonesia kekal merekodkan jumlah kes positif tertinggi dengan lebih 4.3 juta, diikuti Filipina melebihi 3.5 juta, Malaysia 2.8 juta dan Thailand dengan 2.4 juta kes.
Manakala Singapura melebihi 343,000 kes.
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 5.66 juta.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 885,000 kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 627,000 kes, India lebih 495,000 kes dan Rusia lebih 324,000 kes.
Sementara Mexico kini catat lebih 305,000 kematian.
United Kingdom, Itali, Perancis dan Jerman pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 90,000 kes adalah Sepanyol.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 144,000 kes korban.
Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 53,000 diikuti Malaysia dengan 31,000 kes.
Manakala Thailand dengan lebih 22,000 angka korban.