Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan lebih 30.52 juta kes, diikuti Brazil dan India dengan masing-masing merekodkan 12.74 juta kes dan 12.21 juta kes.
Manakala negara yang melebihi angka empat juta kes adalah Perancis, Rusia dan United Kingdom, sementara Itali, Turki dan Sepanyol melebihi tiga juta kes.
Jerman, Colombia, Poland, Argentina dan Mexico mencatat lebih dua juta kes, sementara Iran, Ukraine, Afrika Selatan, Peru dan Indonesia pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.
Manakala Chile, Kanada, Romania, Belgium dan Iraq pula antara negara yang merekodkan angka lebih 500,000 kes.
Negara dalam lingkungan 300,000 hingga 500,000 kes termasuk Jepun, Lubnan, Emiriah Arab Bersatu dan Arab Saudi.
Kebanyakan negara lain merekodkan angka positif di bawah 300,000 kes.
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 turut mencatatkan peningkatan di seluruh dunia, menjadikan jumlah kumulatif kematian kini melebihi 2.82 juta kes.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 552,000 kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 321,000 kes, Mexico lebih 203,000 kes manakala India dan United Kingdom pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Rusia, Perancis, Jerman, Sepanyol dan Colombia.
Ini termasuk Iran, Argentina, Afrika Selatan, Poland dan Peru, manakala negara yang mencatatkan antara 30,000 hingga 50,000 kes kematian adalah Indonesia, Ukraine dan Turki.
Selain itu Romania, Chile, Belgium dan Hungary pula mencatatkan lebih 20,000 angka korban.
Kebanyakan negara lain merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.