LEBIH 200,000 kes baharu positif COVID-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam di seluruh dunia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif global mencecah 24 juta kes.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) terus kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 5.7 juta kes jangkitan.

Ini diikuti Brazil dengan 3.6 juta kes manakala India merekodkan 3.1 juta kes.

Jangkitan COVID-19 di Russia pula mencecah 959,016 kes.

Sementara itu, Afrika Selatan (609,773), Peru (594,326), Mexico (560,164) dan Columbia (541,139) melepasi angka setengah juta kes.

Negara yang melepasi angka 400,000 pula adalah Sepanyol (405,436), Chile (399,568), Iran (361,150), Argentina (342,154), United Kingdom (328,617), dan Arab Saudi (308,654).

Enam lagi negara merekodkan angka positif melebihi 200,000 termasuk Bangladesh (297,083), Pakistan (293,261), Perancis (282,414), Itali (260,298), Turki (259,692) dan Jerman (235,806).

Dalam pada itu, negara yang melepasi angka 100,000 adalah Iraq (204,341), Filipina (194,252), Indonesia (155,412), Kanada (127,017), Qatar (117,266), Ukraine (109,234), Bolivia (109,149), Ecuador (108,289) dan Kazakstan (104,718).

Negara lain masih merekodkan angka positif di bawah 100,000.

Dari segi jumlah kematian, lebih 4,000 kes dicatatkan dalam 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 810,087.

AS merekodkan jumlah tertinggi iaitu 177,065 kematian, diikuti Brazil dan Mexico, masing-masing dengan 114,744 dan 60,480 kematian.

Dua negara merekodkan jumlah kematian melebihi 40,000 iaitu India (57,542) dan United Kingdom (41,519) manakala Itali dan Perancis mencatat angka melebihi 30,000.