JUMLAH kes positif COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat.

Menurut data terbaharu Johns Hopkins University, jangkitan setakat pagi Ahad mencecah 11.15 juta kes.

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan jumlah kumulatif 2.83 juta kes.

Brazil kini menjadi negara kedua yang melepasi angka jangkitan 1.53 juta kes.

Jangkitan di Rusia pula melepasi 673 ribu kes.

Negara keempat dan kelima merekodkan kes jangkitan yang tinggi adalah India dengan 648,000 kes dan Peru dengan 295,000 kes.

United Kingdom pula mencatat 286 ribu kes.

Lima lagi negara yang mencatat angka melebihi 200,000 ialah Sepanyol, Itali, Mexico, Iran dan Pakistan.

Di Asia Tenggara, Indonesia mencatat kes tertinggi dengan jumlah lebih 62,000 kes, diikuti Singapura dengan 44,000 kes.