Lebih 600,000 warga Indonesia berisiko positif virus COVID-19, ketika jumlah kes kematian di negara itu kini meningkat kepada 32 orang.
Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto berkata jumlah kes positif setakat hari ini telah mencecah 369 kes, dan boleh atau berkemungkinan meningkat drastik, berdasarkan pengesanan kontak mereka yang positif dengan orang sekitar mereka sebelum ini (pengesanan kontak sebelum mereka yang positif itu disahkan positif).
Penduduk Indonesia kini berjumlah lebih 270 juta orang, manakala penduduk di kota Jakarta dan kota berhampirannya seperti Bekasi, Tangerang, Depok dan Bogor, berjumlah lebih 30 juta orang.
"Setakat jam 1 petang ini, jumlah kematian 32 kes (tambahan tujuh kes), jumlah kes positif 369 (berbanding 309 kes semalam), tambahan 60 kes baharu," katanya dalam sidang media yang disiarkan menerusi Youtube Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) hari ini.
Mengikut pecahan kes kematian, Jakarta mencatatkan 18 kes kematian, Jawa Barat (7), Jawa Tengah (3) dan masing masing satu kes di Bali, Banten, Jawa Timur dan Sumatera Utara.
"Populasi yang berisiko (dijangkiti) adalah 600,000 hingga 700,000 orang. Sudah ada alat kit ujian sebanyak satu juta, untuk kita jalankan pemeriksaan secara massal (berskala besar)," katanya.
Presiden Indonesia Joko Widodo menerusi laman rasmi Presiden Indonesia; www.presiden.go.id. hari ini berkata, pemerintah Indonesia akan melaksanakan "rapid test" bermula petang ini, di kawasan Jakarta Selatan.
"Kami menjalankan ujian petang ini, dengan pegawai perubatan yang melawat penduduk di sana (di Jakarta Selatan) dari rumah ke rumah, mengambil sampel darah," kata Jokowi.
Ujian tersebut adalah sebagai usaha pemerintah, melakukan pengesanan awal sama ada seseorang itu dijangkiti tanda tanda awal COVID-19 atau sebaliknya.
Pemerintah Indonesia juga akan menjadikan Wisma Atlet Kemayoran (Perkampungan Sukan Asia 2018) berkapasiti 15,000 orang dan hotel hotel milik Badan Usaha Milik Negara (syarikat milik kerajaan), sebagai hospital sementara atau tempat kuarantin, bermula Isnin ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 20 2020
Mengikut pecahan kes kematian, Jakarta mencatatkan 18 kes kematian, Jawa Barat (7), Jawa Tengah (3) dan masing masing satu kes di Bali, Banten, Jawa Timur dan Sumatera Utara.
Ceroboh hutan Raub: Tindakan penguatkuasaan berdasarkan bukti - MB Pahang
Tindakan penguat kuasa menahan dua individu yang didakwa menceroboh kawasan hutan di Raub semalam dibuat berdasarkan bukti kukuh, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
"Yang tak ambil gaji dikritik, yang mencuri tak salah"
Satu tahun setengah sebagai perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ulangi tetap tegas tidak benar sebarang 'kecurian' atau 'kronisma' dalam kerajaan.
Isu Palestin: Ini soal prinsip dan nilai
Perdana menteri tegaskan walaupun berdepan kerugian, kerajaan Madani mahu memastikan keputusan yang diambil turut mengambil kira soal nilai dan prinsip.
Kedudukan, profil Malaysia tinggi di peringkat antarabangsa
Anwar akui antara kelemahan utama kerajaan adalah komunikasi sehingga rakyat tidak sedar reputasi tinggi negara di peringkat antarabangsa.
"Saya boleh terima kritikan tapi jangan fitnah"
Anwar kesal apabila masih dituduh tidak berbuat apa-apa sedangkan sudah banyak usaha dilaksanakan untuk rakyat.
"Tengok keperluan, mana perlu ditambah"
Sektor awam dikatakan bloated dengan jumlah penjawat yang ramai, namun perdana menteri tegaskan ia perlu terutama sektor-sektor kritikal.
Lee Hsien Loong lepas jawatan, seru rakyat bersatu padu
Perdana Menteri, Lee Hsien Loong menyeru rakyat Singapura untuk kekal bersatu padu dan kekalkan kestabilan politik demi masa depan negara.
Dalam nada yang sama, Timbalan Perdana Menteri, Lawrence Wong akan menggalas tanggungjawab beliau sebagai Perdana Menteri.
Dalam nada yang sama, Timbalan Perdana Menteri, Lawrence Wong akan menggalas tanggungjawab beliau sebagai Perdana Menteri.
LAPD sahkan polis campur tangan protes di UCLA
Polis Los Angeles mengesahkan telah menghantar satu pasukan untuk mengawal ketenteraman di protes pro-Palestin di Universiti California Los Angeles (UCLA).
Peta protes Pro-Palestin di dunia
Peta protes Pro-Palestin di dunia
Rangka stategi bantu Palestin, libatkan negara bukan Islam
Perdana Menteri berkata negara-negara Islam perlu libatkan negara-negara bukan Islam dalam strategi membebaskan Palestin dari kekejaman Israel.
Serangan dron Iran tidak akan berlaku sekiranya Israel berhenti seksa rakyat Palestin - Pakar
Serangan dron oleh Iran ke atas Israel tidak akan berlaku sekiranya rejim Zionis itu menghentikan kedegilan dan kerakusan membunuh dan menyerang rakyat Palestin.
MITEC dinobat sebagai Pusat Konvensyen Terbaik Asia, Malaysia 2023 oleh World MICE Awards
Venue pertama dibina khas di Malaysia untuk mesyuarat, persidangan, pameran dan acara gaya hidup yang merangkul anugerah berprestij itu.
Bursa Malaysia lepasi paras 1,500 selepas setahun
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) telah melepasi paras 1,500 mata.
Lebih 1,700 individu ditahan dalam operasi senjata Interpol di Asia
Lebih 1,700 suspek ditahan di 10 negara Asia dalam operasi besar-besaran terhadap penyeludupan senjata api haram, kata Interpol.
Pasaran saham global dijangka melonjak tahun depan - Goldman Sachs
Unjuran itu termasuk jangkaan pulangan harga lapan peratus dan jumlah pulangan kepada 10 peratus untuk saham global pada tahun depan.
Australia mahu layak awal ke Piala Dunia 2026
Australia terpaksa memenangi playoff menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk ke Qatar tahun lalu selepas terlepas kelayakan langsung.
Sukan skuasy dipertandingkan di Olimpik 2028
Skuasy bakal dipertandingkan di pentas Sukan Olimpik 2028 (LA28) selepas mendapat kelulusan Lembaga Eksekutif Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dalam satu mesyuarat yang berlangsung di Mumbai.
Peruntukan RM30 juta bukti kerajaan mahu Malaysia jadi hab e-sukan diiktiraf
Ketua Yoodo Chow Tuck Mun berkata e-sukan dilihat semakin berkembang, malah terdapat banyak bakat tempatan dan pemain yang berjaya mencipta nama dalam sukan itu.
Malaysia antara peminum kopi terbanyak di Asia Pasifik
Rakyat Malaysia secara purata meminum 107 cawan kopi pada tahun 2021 berbanding hanya 52 cawan pada empat tahun sebelumnya.
Keberkesanan servis boleh jadi kunci rampas emas Thailand
Senjata yang diperlukan skuad negara untuk mengatasi Thailand adalah menerusi servis konsisten yang menghasilkan mata atau sekurang-kurangnya menyukarkan pemain lawan.