Hari pertama pelaksanaan semula perintah berkurung di ibu negara Filipina menyaksikan jalan raya bertukar lengang dengan kawalan ketat oleh anggota polis.

Bagaimanapun, masih terdapat beberapa kelonggaran di mana perjalanan menaiki basikal, motosikal dan kereta persendirian dibenarkan atas alasan penting.

Sebahagian perniagaan yang sebelum ini dibenarkan beroperasi akan ditutup semula.

Sektor perkhidmatan penting termasuk bank, kesihatan, dan pemprosesan makanan menggalakkan pekerja bekerja di rumah dan hanya ke pejabat apabila perlu.

Perintah berkurung yang dilaksanakan di negara itu buat kali kedua hanya melibatkan bandar Manila dan wilayah terpencil selama dua minggu.

Ia selepas mendapat gesaan 100 persatuan perubatan yang mewakili 80,000 doktor dan sejuta jururawat yang berharap pemerintah mengenakan kawalan yang lebih ketat.

BACA: Duterte umum kuarantin di Greater Manila setelah lebih 100,000 kes COVID-19 direkod