ANGKA kematian akibat COVID-19 di Mexico melepasi 100,000 kes pada Khamis, menjadikannya negara keempat tertinggi kes kematian selepas Amerika Syarikat, Brazil dan India.

Pengumuman itu dibuat kurang seminggu selepas negara itu mencapai sejuta kes positif.

Penolong Setiausaha Kesihatan, Hugo Lopez-Gatell memaklumkan, kekurangan ujian saringan serta hospital yang tidak mencukupi antara penyumbang kepada peningkatan kes dan kematian.

Kerajaan Mexico sehingga kini hanya menjalankan 2.5 juta ujian saringan di negara yang mempunyai populasi 130 juta penduduk itu.

Mexico juga mengalami kekurangan petugas kesihatan terutama di kawasan terpencil.

Menurut seorang petugas kesihatan, Dulce Maria Lopez, bedasarkan pengalamannya, ada penduduk yang tidak peduli dengan jangkitan, tidak mempercayai kawujudan virus dan takut untuk ke hospital.

"Tugas kami adalah untuk memberitahu masyarakat bahawa penyebaran virus itu benar dan kita  harus saling melindungi dan saling membantu antara satu sama lain.

"Tetapi dalam komuniti ini, terdapat banyak kejahilan walaupun situasi semakin buruk," ujarnya.