awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Biden akan tandatangani Perintah Presiden untuk hadkan kemasukan menerusi sempadan Mexico - Laporan

Bernama
Bernama
04/06/2024
13:53 MYT
Biden akan tandatangani Perintah Presiden untuk hadkan kemasukan menerusi sempadan Mexico - Laporan
Biden dijangka membentangkan pelan itu pada Selasa dan menandatangani satu Perintah Presiden berkaitan. - Gambar fail/REUTERS
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden merancang untuk mengeluarkan satu Perintah Presiden bagi meningkatkan langkah untuk menghalang pencari suaka daripada memasuki negara ini menerusi sempadannya dengan Mexico, lapor agensi berita Jerman (dpa) yang memetik laporan media pada Isnin.
Menerusi Perintah Presiden itu dijangkakan sempadan berkenaan akan ditutup kepada pencari suaka sebaik sahaja lebih daripada 2,500 kemasukan secara haram direkodkan, pihak media AS melaporkannya dengan memetik sumber tidak dikenali. Sebaik sahaja angka kemasukan itu berada di bawah 1,500 , sempadan berkenaan dilaporkan boleh dibuka semula.
Biden dijangka membentangkan pelan itu pada Selasa dan menandatangani satu Perintah Presiden berkaitan, kata laporan itu.
Dengan angka penyeberangan sempadan secara haram dari Mexico pada masa ini yang melebihi 2,500, sempadan itu mungkin ditutup selepas presiden menandatangani perintah itu, menurut dpa.
CNN berkata perkataan di dalam dekri itu, termasuk ambang harian penyeberangan yang mencetuskan penutupan sempadan, mungkin akan berubah sebelum penerbitannya pada Selasa.
Menurut rancangan semasa, migran masih lagi boleh memohon satu janji temu untuk mengemukakan permohonan suaka mereka.
Golongan minor yang tidak ditemani dikecualikan daripada peraturan baharu itu, menurut CNN.
Dengan tindakan eksekutif mengundang kontroversi, yang mungkin menerima tindak balas hebat daripada penyokong penghijrahan, Biden dilihat cuba membuat satu kenyataan dalam kempen Pilihan Raya Presiden yang sedang berjalan. Penghijrahan merupakan satu daripada isu utama yang mendapat perhatian Donald Trump. Kedua-dua mereka bakal bertarung dalam pilihan raya November nanti.
Dalam menuju hari pengundian, penyokong Republikan dan Trump menuduh Biden seorang Demokrat kehilangan kawalan ke atas sempadan selatan negara itu berikutan angka ketibaan yang tinggi.
Mexico merupakan sebuah negara transit dalam laluan ramai penduduk Amerika Latin yang melarikan diri daripada keganasan, kemiskinan dan huru-hara politik di negara masing-masing untuk ke AS.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Presiden AS Joe Biden
#Amerika Syarikat
#Perintah Presiden
#sempadan
#Mexico
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan