PERDANA Menteri Serbia, Ana Brnabic menjadi yang pertama menerima vaksin COVID-19 bagi membuktikan kepada penduduk negara itu yang khuatir tehadap keselamatan vaksin tersebut.

Brnabic bersama barisan kabinet lain menerima dos pertama vaksin keluaran syarikat Pfizer dan ia disiarkan secara langsung di televisyen.

Ia merupakan tanda bermulanya kempen vaksinasi di negara yang berkepadatan 7 juta orang itu.

Golongan warga emas berusia lebih 70 tahun di rumah jagaan akan menjadi kumpulan keutamaan untuk diberikan vaksin.

Serbia pada Selasa menerima bekalan pertama 4,800 dos vaksin yang dibangunkan BioNTech dan Pfizer.

Serbia pada masa sama juga sedang menguji vaksin Sputnik V Rusia.

Dalam pada itu, pihak berkuasa Serbia memaklumkan, akan menerima lagi vaksin dalam beberapa minggu akan datang.

Program vaksinasi besar-besaran akan bermula awal tahun depan, tambahnya.