KES kematian global akibat pandemik COVID-19 kini melepasi angka 1.03 juta kes.

Berdasarkan data terbaharu daripada Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal negara paling tinggi mencatatkan angka kematian iaitu sebanyak 209,318.

Ini diikuti Brazil sebanyak 145,388 kematian; India (100,842); Mexico (78,492); dan United Kingdom 42,407 korban.

Negara yang mencatatkan angka korban melebih 30,000 pula termasuk Itali (35,968); Peru (32,609); Perancis (32,171); dan Sepanyol dengan 32,086 kematian.

Sementara itu, negara yang mencatatkan angka korban melebih 20,000 pula termasuk Iran iaitu 26,746 korban dan diikuti Colombia (26,556); Rusia (21,153); dan Argentina 20,599 korban.



Dalam pada itu, lain-lain negara masih mencatatkan angka korban melebih 100,000 kes.