ANGKA korban akibat jangkitan COVID-19 meningkat kepada lebih 917,000 kes.

Statistik Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kematian global meningkat lebih 11,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 193,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan 130,000 kes manakala India dan Mexico masing-masing merekodkan dengan 77,000 dan 70,000 angka korban.

Itali, Perancis dan Peru pula berkongsi angka korban melebihi 30,000 kes.

Sepanyol, Iran dan Colombia pula merekodkan angka lebih 20,000 kes korban.

Lain-lain negara masih merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.