RIO DE JANEIRO: Pertelingkahan meletus membabitkan kumpulan penunjuk perasaan dan sekumpulan polis di Rio de Janeiro ketika mana protes berlanjutan menuntut peletakan jawatan Presiden Brazil, Jair Bolsanaro.

Desakan dilaungkan kerana rakyat melihat Bolsanaro gagal menangani wabak COVID-19 di Brazil.

Protes ini adalah yang terbaharu dalam siri demonstrasi jalanan yang kerap diadakan mengkritik pemerintahan Bolsanaro.

Penunjuk perasaan juga melaungkan slogan anti-Bolsanaro dan mengibarkan jumlah kematian COVID-19.

Pandemik ini telah mengakibatkan lebih 540,000 rakyat Brazil meninggal dunia akibat wabak berkenaan.

Bolsanaro bukan sahaja dituntut meletakkan jawatan malah ketika ini beliau berdepan tuduhan rasuah di Kongres berhubung pembelian dos vaksin COVID-19.