NEW DELHI: Dua pesawat milik Rusia dengan muatan bantuan perubatan tiba di New Delhi pada Khamis.

Ia menyusul sebuah pesawat dari Britain yang turut membawa bantuan perubatan.

Bantuan berkenaan merupakan usaha membantu sistem kesihatan India yang semakin lumpuh.

Kes harian india kini mencecah 379,257 kes.

Jumlah kematian juga sudah cecah paras tertinggi dengan 3,645 kematian dalam tempoh 24 jam.

Lebih 300,000 kes harian dicatatkan di India selama tujuh hari berturut-turut.

Secara kumulatif, hampir 2.4 juta kes dicatatkan hanya dalam tempoh satu minggu.

Pakar-pakar kesihatan bagaimanapun menganggarkan jumlah sebenar kes positif lebih tinggi berbanding angka rasmi.