SINGAPURA: Singapura akan menukar tahap Sistem Tindak Balas Wabak Penyakit (DORSCON) daripada Jingga kepada Kuning mulai 26 April, memandangkan jangkitan COVID-19 tempatan semakin pulih, menurut Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian (MTF) mengenai COVID-19.
"Kami telah meningkatkan tahap DORSCON kepada Jingga pada Februari 2020 akibat peningkatan kes tempatan pada masa itu dan kami menjangkakan aktiviti harian terganggu memandangkan penguatkuasaan kuarantin bagi membendung penularan," kata pengerusi bersama MTF Gan Kim Yong pada sidang media secara maya hari ini.
Gan, yang juga Menteri Perdagangan dan Industri republik itu, berkata hari ini keadaan telah berubah "meskipun virus itu lebih mudah menular, kebanyakan jangkitan tidaklah teruk, hasil daripada kadar vaksinasi yang tinggi."
"Protokol penjagaan kesihatan yang dipermudahkan, dan SMM (Langkah Pengurusan Selamat) dijangka meminimumkan gangguan kepada kehidupan. Oleh itu, kini masa yang sesuai untuk menurunkan tahap DORSCON kepada kuning," katanya.
Rangka kerja DORSCON memberi petunjuk mengenai situasi penyakit semasa.
Sementara itu, MTF mengumumkan TraceTogether (TT) (sama seperti MySejahtera) dan SafeEntry (SE) tidak lagi dikuatkuasakan mulai 26 April 2022.
Kebanyakan tempat tidak lagi memerlukan orang ramai mendaftar masuk menggunakan aplikasi atau token TT, kecuali acara besar membabitkan lebih 500 peserta pada satu-satu masa serta pusat hiburan malam tertentu, di mana semakan SMM Mengikut Vaksinasi (VDS) masih diperlukan ketika masuk.
Keupayaan TT dan SE akan dikekalkan bagi menjalankan semakan VDS, serta membolehkannya meningkatkan pengesanan kontak rapat dengan pantas sekiranya ia perlu berbuat demikian sebagai tindak balas kepada kemunculan varian baharu.
"Oleh itu, orang ramai amat digalakkan untuk menyimpan aplikasi TT serta token TT mereka dalam telefon," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 22 2022
Singapura akan menukar tahap Sistem Tindak Balas Wabak Penyakit (DORSCON) daripada Jingga kepada Kuning mulai 26 April. - Gambar fail/REUTERS
Letupan bom Sungai Golok: Empat anggota keselamatan Thailand cedera
Empat anggota keselamatan Thailand cedera apabila terkena letupan bom di Sungai Golok, Thailand, malam tadi.
Berang tidak bantu angkat tong gas, penghantar barang dibelasah, motor dirosakkan
Suspek menyerang mangsa dengan topi keledar sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di dahi.
Arahan tutup pasar malam waktu Maghrib tidak babitkan peniaga bukan Islam
Arahan penutupan sementara hanya membabitkan peniaga Islam bagaimanapun turut menggalakkan peniaga bukan Islam sekiranya mahu berbuat demikian.
Pelan Tindakan Pendidikan dan Penghayatan Rukun Negara dilancar Ogos ini - Aaron
Ia melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
Peserta maraton Cyberjaya dipapah lepasi garisan penamat
Peserta maraton rebah di garisan penamat sejurus sebelum menamatkan larian 42km dalam perlumbaan Twincity Marathon Cyberjaya.
Proton buka pusat penyelidikan dan pembangunan di Teluk Hangzhou, China
Pembukaan pusat R&D itu akan meningkatkan sinergi kecekapan dalaman mereka dengan penggunaan sumber dan pengetahuan Geely.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH tayang sijil UPSR 7A, SPM 10A
Calon PH, Pang Sock Tao menyahut cabaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari supaya menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu stoking: Pengarah KK Mart, isteri akan kemuka representasi kepada AGC
Pengarah KK Mart yang berdepan dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lawrence Wong ikrar berikan segalanya untuk Singapura
Lawrence Wong berikrar memberikan segalanya untuk berkhidmat kepada negara ini dan rakyatnya apabila beliau secara rasmi akan melaksanakan tugas sebagai Perdana Menteri Keempat pada 15 Mei ini.
Bapa hilang ditemukan di Singapura 4 tahun lepas meninggal dunia di Kelantan
Ali Jais meninggal dunia di Hospital Pasir Puteh, Kelantan, kira-kira jam 4 petang Isnin.
Bidaan projek pembelian bekalan elektrik hijau ke Singapura dibuka
PETRA memaklumkan proses bidaan itu dilaksanakan menerusi platform Energy Exchange Malaysia (ENEGEM).
Singapura zahirkan kebimbangan terhadap pergolakan di Asia Barat
MFA menasihatkan rakyat Singapura untuk menangguhkan semua perjalanan ke Iran berikutan keadaan keselamatan terkini.
Singapura tolak anjur Sukan Komanwel 2026
Singapura memutuskan kata akhir untuk tidak membuat sebarang bidaan dalam menganjurkan temasya Sukan Komanwel 2026.
Joseph Schooling bersara dari sukan renang
Schooling mengucapkan terima kasih kepada keluarga, jurulatih, rakan sepasukan dan penyokongnya atas dorongan mereka sepanjang kariernya.
Yusri belum nampak skuad 'bayangan' Perak FC
Pengendali Perak FC Yusri Che Lah mengakui masih mencari 'ramuan' terbaik dalam membentuk pasukannya sebelum sepak mula musim baharu Liga Malaysia (Liga-M) bagi 2024/2025 pada Mei ini.
Pihak berkuasa pelabuhan Singapura beri kerjasama dalam siasatan jambatan runtuh di AS
Ia juga akan menyiasat insiden melibatkan Dali, sebuah kapal kontena dikendalikan 22 kru semasa kejadian kira-kira 1.30 tengah hari Selasa.