SINGAPURA: Kementerian Kesihatan Singapura mengumumkan langkah baharu bagi mengawal penularan COVID-19 di negara itu bagi mengurangkan bebanan terhadap sistem kesihatan.

Ia selepas republik itu merekodkan kes harian melebihi 26,000 kes.

Langkah baharu termasuk waktu operasi Klinik Kesiapsiagaan Kesihatan Awam (PHPC) akan dilanjutkan sementara konsultasi secara maya akan dilaksanakan di pusat ujian saringan bagi mereka yang bergejala.

Langkah ini adalah alternatif negara itu bagi membendung penularan varian Omicron ketika ini.

Singapura melaporkan 26,032 kes harian semalam.

Kementerian tesebut turut memaklumkan ketika ini hospital awam, poliklinik dan klinik lain berada dalam keadaan tertekan.

Ia mungkin akan mengambil beberapa minggu untuk menyaksikan penurunan kes.