Thailand melaporkan tiga lagi kematian akibat COVID-19, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan empat kematian dan kes yang disahkan sebanyak 827.
Jurucakap Kementerian Kesihatan Awam Thaweesilp Wissanuyothin berkata tiga lelaki warga Thai yang maut membabitkan seorang pengajar 'Muay Thai' berusia 79 tahun, turut menghidapi beberapa penyakit kronik, seorang pemandu bas berusia 70 tahun, yang mempunyai penyakit batuk kering (tuberculosis) dan seorang pesakit kencing manis berusia 45 tahun.
"Sebanyak 106 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 827 kes dengan empat kes kritikal," katanya pada sidang media di Pusat Pengurusan COVID-19 di Rumah Kerajaan, di sini.
Thaweesilp berkata daripada 106 kes tersebut, 25 kes berkaitan dengan jangkitan terdahulu - 12 daripadanya mempunyai kontak rapat dengan kes yang telah disahkan, enam telah mengunjungi tempat hiburan, lima menghadiri perlawanan Muay Thai dan dua dari Pattani, selatan Thailand, yang telah menghadiri perhimpunan agama di sebuah masjid di Malaysia.
Beliau berkata 20 kes baharu (12 warga asing dan lapan warga Thai) telah berkunjung ke luar negara; 10 bekerja di kawasan yang sesak serta mempunyai kontak dengan warga asing serta empat kakitangan penjagaan kesihatan, dari Phuket, Yala, Buriram dan wilayah Nakhon Pathom, telah dijangkiti selepas pesakit tidak mendedahkan kebenaran ketika mendapatkan rawatan di hospital.
Kes baharu yang lain adalah daripada kluster yang tidak dikenal pasti dan sumber jangkitan sedang disiasat oleh pihak berkuasa, katanya.
Thaweesilp berkata daripada 827 kes COVID-19, 57 pesakit telah dibenarkan keluar hospital sementara 766 lagi masih berada di hospital.
Thailand telah menutup beberapa tempat awam utama termasuk pusat beli belah di Bangkok dan lima lagi di wilayah berhampiran - Nonthaburi, Pathum Thani, Samut Prakarn, Samut Songkram dan Nakhon Pathom - selama 22 hari, iaitu dari 22 Mac hingga 12 April bagi mengekang penularan penyakit tersebut.
Penutupan sekolah, universiti dan pusat tuisyen, tempat hiburan dan sukan dari 18 Mac lepas hingga 31 Mac pula dilanjutkan hingga 12 April.
Sementara itu, Pengarah Epidemiologi Jabatan Kawalan Penyakit Dr Walailak Chaifu berkata kadar jangkitan di Bangkok dianggarkan pada 1:3 dan di wilayah-wilayah, 1:2.
"Sehingga hari ini, kes COVID-19 dilaporkan berlaku di 47 daripada 77 wilayah di negara ini," katanya dan menambah nisbah pesakit lelaki kepada perempuan adalah 2:1.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 24 2020
Kes COVID-19 dilaporkan berlaku di 47 daripada 77 wilayah di negara Thailand.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
71 maut akibat wabak penyakit misteri di Congo
Republik Demokratik Congo (DRC) berada pada tahap berjaga-jaga susulan kemunculan penyakit misteri yang telah meragut lebih 70 nyawa.
Dua lagi kes virus mpox berpotensi bawa maut dikesan di UK
Dua lagi kes strain virus mpox yang berpotensi membawa maut dikesan dalam kalangan kontak rapat kes pertama, menurut Agensi Keselamatan Kesihatan UK (UKHSA).
Angka kematian akibat banjir terburuk di Sepanyol meningkat kepada 207 orang
Angka korban dijangka meningkat dalam beberapa jam akan datang ketika pasukan penyelamat terus melakukan pencarian di kawasan yang paling terjejas.
Tiada rakyat Malaysia terjejas banjir besar di Sepanyol
Tiada rakyat Malaysia terjejas dalam situasi banjir besar susulan hujan lebat berterusan sejak 29 Okt di wilayah Valencia, Sepanyol, menurut Kementerian Luar.
95 maut dalam banjir dahsyat di Sepanyol
Angka kematian akibat banjir dahsyat di timur Sepanyol meningkat kepada 95 orang, menurut penyiar awam negara itu RTVE, seperti yang dilaporkan oleh Agensi Anadolu lewat Rabu.
42 lagi syahid di Gaza, dibunuh Israel
Tentera Israel memulakan operasi di utara kira-kira tiga minggu lalu dengan tujuan untuk menghalang pejuang Hamas daripada berkumpul semula.
7 maut jeti feri di AS runtuh dilanggar bot
Sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan maut selepas jeti feri di Pulau Sapelo, Georgia, Amerika Syarikat roboh, lapor Sputnik memetik pihak berkuasa tempatan.
Angka kematian di Gaza akibat serangan Israel meningkat kepada 41,689
Sekurang-kurangnya 51 orang terbunuh dan 165 lagi cedera dalam serangan Israel yang berlaku dalam tempoh 24 jam yang lepas.
Angka kematian di Gaza hampiri 41,600 orang dengan 52 lagi rakyat Palestin terkorban
Lima puluh dua lagi rakyat Palestin maut dalam serangan tentera Israel di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan korban mencecah 41,586 orang sejak 7 Okt lepas.
Lubnan lapor 1,540 terbunuh akibat serangan Israel sejak Oktober
Lubnan melaporkan bahawa jumlah kematian akibat serangan Israel di seluruh negara meningkat kepada 1,540 sejak Oktober lalu.