Thailand melaporkan jangkitan tempatan pertama COVID-19 selepas 100 hari setelah seorang banduan diuji positif di sebuah penjara di Bangkok.
Menurut pegawai kesihatan awam, lelaki berusia 37 tahun itu diuji positif semalam semasa melakukan ujian rutin. Dia dibawa ke hospital di Bangkok untuk rawatan.
Setakat ini, semua kontak rapat pesakit diuji negatif untuk COVID-19.
Timbalan Pengarah Jabatan Koreksional Weerakit Hanparipan berkata lelaki itu yang merupakan bekas deejay kelab malam tidak melakukan perjalanan ke luar negara atau mempunyai kontak rapat dengan mana-mana pesakit positif.
"Dia diuji positif semasa ujian rutin kerana semua banduan baharu perlu menjalani 14 hari kuarantin dan ujian COVID-19 sebelum menjalani hukuman penjara. Dia tidak mempunyai kontak dengan banduan lama," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Sementara itu, Pengarah Epidemiologi Jabatan Kawalan Penyakit Dr Walailak Chaifu berkata lelaki itu diuji positif COVID-19 pada 2 Sept. Kedua-dua keputusan ujian makmal adalah positif.
"Sejumlah 36 banduan termasuk dua banduan sukarela yang mempunyai kontak rapat dengan lelaki itu, diuji negatif untuk COVID-19. Mereka menjalani kuarantin selama 14 hari," katanya.
Beliau menambah lebih 25 orang termasuk lima ahli keluarganya dan yang lain termasuk peguam, pegawai Jabatan Koreksional dan banduan lain di bilik mahkamah serta mereka yang berkongsi kenderaan ke mahkamah pada 26 Ogos turut diuji negatif. Kesemua mereka menjalani kuarantin wajib.
Sementara itu, pasukan Penyiasatan Kawalan Penyakit Bangkok sedang mengesan kontak rapat lelaki itu termasuk pengunjung di tiga tempat kerjanya, rumah, Jabatan Koreksional dan mahkamah untuk mengekang penularan COVID-19.
Kesemua tempat lelaki itu bekerja diarah tutup selama tiga hari untuk kerja-kerja pembasmian kuman.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 03 2020
Pasukan Penyiasatan Kawalan Penyakit Bangkok sedang mengesan kontak rapat lelaki itu termasuk pengunjung di tiga tempat kerjanya.
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Pemandu bas sekolah akan didakwa selepas kebakaran ragut 23 nyawa, kata polis Thailand
Pemandu itu menyerah diri pada lewat petang Selasa dan sedang disoal siasat di balai polis Khu Khot.
23 dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat terbakar di Bangkok
Sekurang-kurangnya 23 orang termasuk pelajar dari wilayah Uthai Thani di utara Thailand, dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbakar pada Selasa.
ATBC: Muhammad Rafiq menang emas, Malaysia sapu bersih pingat perseorangan lelaki
Muhammad Rafiq menebus kekecewaan pada edisi lepas dengan menjuarai acara perseorangan lelaki pada Kejohanan Tenpin Boling Asia.
Kedutaan Malaysia di Bangkok anjur resepsi hari kebangsaan, sambut hubungan dua hala yang erat
Lebih 600 tetamu, termasuk diplomat asing, profesional Malaysia, ahli perniagaan, wakil dewan perniagaan dan Malaysians in Bangkok (MIB) hadir.
Penerbangan Malaysia Airlines ke Bangkok buat penurunan kecemasan dan pulang ke KLIA
Penerbangan Malaysia Airlines MH780 mengalami "isu tekanan" semasa dalam penerbangan ke Bangkok hari ini selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 5:59 petang.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.
Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang
Atlet dari Sarawak itu memerlukan 78 saat untuk menundukkan Pichai Lookbanmai dengan pukulan TKO dalam pertarungan ONE Friday Fights 56.
Kedutaan lancar kempen promosi produk Malaysia di Thailand
Kempen "Taste of Malaysia" merupakan program berterusan untuk meningkatkan identiti jenama produk Malaysia di Thailand.
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.