ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 13 Jun 2024.
1. Arab Saudi perhebat penguatkuasaan, kerah EV berkuasa AI
Kenderaan elektrik Lucid buatan Arab Saudi yang pertama, dilengkapi dengan dron dan teknologi kecerdasan buatan, dipamerkan di Hab Media Mekah pada Rabu.
2. Khutbah Arafah akan diterjemah dalam 50 bahasa, lebih 1 bilion mengikutinya
Pengerusi Hal Ehwal Agama Masjidil Haram dan Masjid Nabawi mengumumkan pada Rabu bahawa khutbah Arafah bakal diterjemahkan dalam 50 bahasa.
3. Teksi terbang mula digunakan pada musim haji tahun ini!
Perkhidmatan teksi udara elektrik, yang pertama seumpamanya di dunia, akan digunakan secara eksperimen untuk pengangkutan jemaah antara tapak suci Mina, Muzdalifah dan Arafah untuk haji tahun ini.
4. Kadar faedah AS kekal di sebalik inflasi yang menyederhana
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) mengekalkan kadar faedahnya iaitu antara 5.25 dan 5.5 peratus ketika ini, sekali gus menafikan langkah pemotongan kadar sedia ada.
5. Malaysia, AS setuju keutamaan gencatan senjata untuk tindak balas kemanusiaan yang berkesan di Gaza
Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) bersetuju bahawa gencatan senjata adalah penting supaya sebarang penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza dapat dilakukan secara berkesan, menurut kenyataan dikeluarkan Kementerian Luar (Wisma Putra) , pada Rabu.
6. Malaysia komited untuk memudah cara dialog damai di Selatan Thailand
MALAYSIA komited dengan peranannya sebagai fasilitator proses dialog damai di selatan Thailand, kata Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok, Bong Yik Jui.
7. Thailand dijangka mulakan pembinaan jambatan kembar di sempadan Rantau Panjang-Sungai Golok pada April 2025
THAILAND dijangka memulakan projek pembinaan jambatan kedua, yang dikenali sebagai Jambatan Kembar, di Rantau Panjang-Sungai Golok pada April 2025.
8. Singapura sokong penuh Malaysia sebagai pengerusi ASEAN 2025 di bawah PM Anwar
Singapura menyokong penuh Malaysia sebagai pengerusi ASEAN pada tahun hadapan, kata Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong sambil beliau menyatakan kesediaan untuk bekerjasama ke arah ASEAN yang lebih kukuh dan bersepadu.
9. Puluhan pekerja India maut dalam kebakaran bangunan di Kuwait
Puluhan pekerja India terbunuh dan ramai lagi cedera dalam kebakaran sebuah bangunan kediaman di Kuwait pada Rabu.
10. Suruhanjaya EU mungkin kenakan duti import ke atas kenderaan elektrik dari China
Suruhanjaya Eropah pada Rabu berkata ia secara sementara memutuskan untuk mengenakan duti tambahan ke atas import kenderaan elektrik China mulai Julai jika perbincangan dengan pihak China tidak menghasilkan penyelesaian yang berkesan, lapor Sputnik.
Astro Awani
Thu Jun 13 2024

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Atlet snuker, biliard diharap sumbang emas Sukan SEA 2027 - Hannah
Atlet snuker dan biliard khususnya dari P. Pinang diharap dapat menyumbang pingat emas kepada kontinjen negara pada temasya Sukan SEA 2027.

Projek usaha sama kemampanan dan peralihan tenaga Malaysia jadi contoh ikutan - Duta Jepun
Projek usaha sama kemampanan dan peralihan tenaga baharu di Malaysia akan menjadi contoh ikutan bagi seluruh Asia dan negara-negara lain, kata Duta Besar Jepun ke Malaysia Noriyuki Shikata.

Bursa Malaysia tegur secara terbuka Reach Energy, denda enam pengarah
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, enam pengarah syarikat itu juga dikenakan denda sebanyak RM50,000 setiap seorang.

PEGT tingkat bekalan gas ke Puchong susulan insiden saluran paip di Putra Heights
Langkah itu merupakan sebahagian daripada penyelarasan berterusan bagi meningkatkan kapasiti bekalan keseluruhan rangkaian pengedaran gas.

Pendekatan 'whole-of-government' tangani isu literasi seksual - Dzulkefly
Isu berkaitan pendidikan kesihatan reproduktif dan literasi seksual dalam kalangan masyarakat, khususnya golongan muda memerlukan pendekatan menyeluruh.

AS, Korea Selatan sepakati usaha ke arah perdagangan seimbang - USTR
Mesyuarat antara wakil USTR Jamieson Greer dan Menteri Perdagangan, Industri dan Tenaga Korea Selatan Ahn Duk Geun disifatkan "berhasil".

Kerajaan salur RM30 juta modenkan sektor pertanian negara
Peruntukan yang diterima dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) itu adalah usaha berterusan kerajaan untuk memodenkan sektor pertanian negara.

Draf PTKL 2024 kini diperingkat akhir - Dr Zaliha
Draf Pelan Tempatan Kuala Lumpur (PTKL) 2040 yang akan digunakan bagi mengawal perancangan pembangunan di Kuala Lumpur kini di peringkat akhir penelitian.

Pembinaan skala besar LRT Laluan Mutiara bermula suku keempat 2026 - MRT Corp
Kerja-kerja pembinaan berskala besar untuk projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara dijangka bermula pada suku keempat 2026.

Kompleks sukan berprestasi tinggi bakal dibina di Putrajaya
Cadangan untuk membina kompleks berkenaan diterima baik oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dua wakil Astro AWANI sertai petugas haji 1446H/2025M
Apa yang pasti, Astro AWANI menjanjikan laporan komprehensif dan menyeluruh sempena musim haji tahun 1446H/2025M.

PM harap Astro AWANI terus membangun inovasi media era AI
PM ucap tahniah atas kemenangan Astro AWANI di Anugerah Digital Media Asia 2025 dan harap terus bangun inovasi media nasional dalam era AI.

Temu bual eksklusif PM Anwar sempena lawatan negara Presiden China malam ini
Astro AWANI dan Kumpulan Media China (CMG) telah bekerjasama sejak 4 tahun lalu melalui program Agenda AWANI Asia.

Jelajah Assalamualaikum RaRa 2025 eratkan silaturahim - Zizan Razak
Jelajah Assalamualaikum RaRa 2025 adalah platform terbaik untuk mengeratkan silaturahim antara selebriti dan masyarakat.

Projek kewartawanan Gen Z Astro AWANI raih sokongan Google
Projek ulung Astro Awani melibatkan generasi Gen Z dalam penghasilan berita ini berperanan mencorakkan peranan generasi baharu dalam dunia kewartawanan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Dua wakil Astro terima anugerah kewartawanan pada Nambikkai Star Icon Awards
Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah dipilih sebagai pemenang Anugerah Juri bagi kategori Wartawan Terbaik manakala Mahendran Veluplay dari Astro Seithigal memenangi kategori Pembaca Berita Popular.

Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

'Allahyarham S. Atan luar biasa, saya sendiri cemburu' - M. Nasir
Datuk M Nasir turut mengakui, beliau sendiri mungkin tidak dapat menyamai kebolehan S Atan dalam penghasilan karya tertentu.