Ujian awal vaksin koronavirus milik Rusia ‘Sputnik V’ menunjukkan hasil memberangsangkan, demikian perincian yang didedahkan jurnal The Lancet.
Antara lain, perinciannya mendedahkan bahawa pesakit yang terlibat dalam ujian awal vaksin COVID-19 Rusia itu membina antibodi dengan tiada insiden buruk berlaku.
Bagaimanapun, pakar berkata ujian itu terlalu kecil untuk membuktikan keselamatan dan keberkesanannya.
Malah, ia menimbulkan kebimbangan dalam kalangan saintis barat mengenai kekurangan data keselamatan, dengan beberapa amaran bahawa pembangunan vaksin yang terlalu cepat boleh membahayakan nyawa.
Rusia menganggap kritikan itu sebagai usaha untuk melemahkan penyelidikan Moscow.
Dalam kajian Lancet, penyelidik Rusia melaporkan dua ujian kecil, melibatkan 38 orang dewasa yang sihat berusia antara 18 dan 60 tahun yang diberi imunisasi dua bahagian.
Setiap peserta diberi dos bahagian pertama vaksin dan kemudian diberi penggalak dengan bahagian kedua 21 hari kemudian.
Mereka dipantau selama 42 hari dan semua antibodi berkembang dalam tiga minggu pertama.
Ujian dilakukan secara terbuka dan bukan secara rawak yang bermaksud para peserta tahu mereka menerima vaksin berkenaan.
Laporan The Lancet Britain itu berkata data menunjukkan vaksin ‘Sputnik V’ tidak menyebabkan sebarang insiden buruk kepada sukarelawan dewasa yang sihat.
Sejumlah 76 peserta ujian akan dipantau hingga 180 hari dengan percubaan klinikal fasa 3 yang lebih ketat sudah dirancang melibatkan 40,000 sukarelawan dari kumpulan umur dan risiko yang berbeza.
Rusia bulan lalu mengumumkan vaksinnya, yang diberi nama ‘Sputnik V’ sempena nama satelit era Soviet yang pertama kali dilancarkan ke angkasa pada 1957, menerima kelulusan untuk kegunaan.
Sementara itu, Amerika Syarikat juga menjangkakan vaksin COVID-19 milik negara itu boleh digunakan tidak lama lagi.
Dalam hal ini, Presiden AS, Donald Trump berkata tiga vaksin untuk virus itu kini dalam fasa akhir ujian klinik dan keputusannya boleh diketahui hujung tahun nanti, sebelum pilihan raya pada 3 November.
Astro Awani
Sat Sep 05 2020
Ujian awal vaksin koronavirus milik Rusia Sputnik V menunjukkan hasil memberangsangkan. -Gambar fail
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
AS umum pakej bantuan ketenteraan US$500 juta untuk Ukraine
Amerika Syarikat mengumumkan pakej bantuan ketenteraan baharu bernilai US$500 juta untuk Ukraine bagi menyokong usaha pertahanan negara itu dalam menghadapi serangan berterusan Rusia.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
AS gesa kumpulan pembebasan Syria sokong kerajaan peralihan inklusif
Perbincangan menekankan bahawa HTS tidak seharusnya mengambil alih kepimpinan secara automatik.
‘Tangan ghaib’ mahu tukar rejim Syria agar tidak ganggu kepentingan Israel, AS - Pakar
Tumbangnya rejim Bashar al-Assad di Syria adalah usaha terancang untuk mendirikan sebuah kerajaan baharu yang tidak mengganggu kepentingan Amerika Syarikat dan Israel di rantau berkenaan.
1MDB: Najib dakwa AS dan pembangkang ketika itu jatuhkan kerajaannya
Najib mendakwa Amerika Syarikat bawah pimpinan Demokrat sebelum ini bekerjasama dengan pembangkang Malaysia ketika itu untuk menjatuhkan beliau dan kerajaan yang diterajuinya pada 2018.
Konflik Syria: Pasukan pembebas mara ke barat Deir ez-Zor
PENTADBIRAN Hal Ehwal Ketenteraan kumpulan pembebas Syria memaklumkan pasukan itu sedang mara di kawasan pedalaman barat Deir ez-Zor.
Amerika tidak seharusnya terlibat dengan peperangan di Syria - Donald Trump
Donald Trump berpendapat, Amerika tidak seharusnya terlibat dalam apa sahaja peranan dengan Syria yang sedang bergolak ketika ini.
Manchester City buka kempen Piala Dunia Kelab berdepan Wydad AC
Piala Dunia Kelab, yang menampilkan pasukan terkemuka dari seluruh dunia, akan diadakan di 12 stadium seluruh AS dari 14 Jun hingga 13 Julai.
AS seru rakyatnya tinggalkan Syria
Jabatan Negara Amerika Syarikat menggesa warganya untuk segera meninggalkan Syria