BANGKOK:Wanita warga Thailand yang baru pulang dari Myanmar dan tidak menjalani kuarantin wajib adalah antara lima kes baharu positif COVID-19 di Thailand yang dilaporkan hari ini.
Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah terkumpul jangkitan virus tersebut di negara ini sebanyak 3,966 kes setakat ini, kata Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Dr Sophon Iamsirithawon.
Bercakap pada sidang media di sini, beliau berkata wanita berusia 29 tahun itu yang bergejala termasuk mengalami demam dan cirit-birit, tiba di Mae Sai, Chiang Rai melalui sempadan darat sebelum menaiki bas awam ke Chiang Mai pada Selasa.
Menurut Dr Sophon, wanita itu yang ingkar arahan kuarantin wajib 14 hari, bertindak mengunjungi pusat beli-belah, pawagam, restoran dan sebuah pusat hiburan selain menggunakan pengangkutan awam dan perkhidmatan e-hailang di Chiang Mai, sebelum mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta pada Khamis apabila hilang deria bau.
Wanita itu diuji positif pada hari sama dan kini sedang dirawat di sebuah hospital di Chiang Mai sementara usaha mengesan kontak sedang diperhebat pihak berkuasa, katanya.
Menurut Pejabat Kesihatan Awam Chiang Mai, sekurang-kurangnya 326 individu dikesan berkemungkinan mempunyai kontak dengan pesakit tersebut termasuk 105 orang yang dikenal pasti berisiko tinggi.
Dr Sophon berkata empat lagi kes baharu COVID-19 merangkumi dua orang yang tiba dari India serta masing-masing seorang dari Filipina dan Sweden.
Jumlah kematian akibat COVID-19 di Thailand kekal 60 kes.
Dalam perkembangan berkaitan, Thailand telah menandatangani perjanjian dengan syarikat farmaseutikal British-Sweden, AstraZeneca Plc, untuk memperoleh 26 juta dos vaksin COVID-19 berpotensi bagi melaksanakan pemvaksinan ke atas 13 juta rakyatnya.
Perjanjian itu ditandatangani semalam.
Vaksin itu yang dibangunkan oleh AstraZeneca dan Universiti Oxford dilapor menunjukkan antara 70 dan 90 peratus keberkesanan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 28 2020
Wanita itu diuji positif pada hari sama dan kini sedang dirawat di sebuah hospital di Chiang Mai sementara usaha mengesan kontak sedang diperhebat pihak berkuasa. - Bernama
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara
Sebanyak 187 siasatan dijalankan di bawah undang-undang hak kebebasan.
KKM Malaysia rancang perkenal undang-undang 'Good Samaritan' - Dr Dzulkefly
Dzulkefly berkata banyak negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan beberapa negara Asia telah pun melaksanakan undang-undang berkenaan.
[TERKINI] Goh Sze Fei-Nur Izzuddin langkah ke Final Jelajah Dunia BWF
Beregu negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, sah melangkah ke pentas akhir Kejohanan Badminton Final Jelajah Dunia BWF, sebentar tadi apabila menewaskan pasangan Indonesia.
Young Tigress mulakan Piala Remaja Asia dengan langkah kanan
Skuad negara membuka tirai jaringan seawal minit kesembilan menerusi pukulan sudut penalti oleh Nurshamine Azureen Mohammed Badusha.
Polis buka kertas siasatan tiga anggota polis berhibur di Golok
Polis Kelantan membuka kertas siasatan berhubung tiga anggota polis yang disyaki berhibur di Golok, Thailand.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MAQIS gagalkan cubaan seludup 23 tan ayam sejuk beku dari Thailand
MAQIS turut menggagalkan cubaan membawa masuk sebanyak 16,904kg cili di Pintu Masuk Bukit Kayu Hitam pada Sabtu lalu.
Pelajar rentas Sungai Golok akan ditempatkan di asrama - Fadhlina
Pelajar warganegara Malaysia yang menetap di Thailand dan merentas Sungai Golok untuk bersekolah di negara ini, bakal ditempatkan di asrama.
PGA rampas 10 kambing dimuat dalam guni cuba diseludup masuk dari negara jiran
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 10 ekor kambing bernilai kira-kira RM10,000 cuba diseludup masuk dari negara jiran.
Thailand kesan kes pertama penyakit berkaitan 'vape'
Akhbar Bangkok Post melaporkan, seorang lelaki dari Buri Ram telah dikesan menghidap penyakit Evali, atau kecederaan paru-paru berkaitan rokok elektronik atau 'vape'.
Polis tumpaskan dua cubaan seludup kosmetik buatan Thailand
Dua cubaan menyeludup produk kosmetik berjaya ditumpaskan sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pasir Mas.
ACT Wanita: Malaysia tewas tipis 1-2 kepada Jepun
Malaysia memperoleh gol tunggal menerusi jaringan padang Nur Iman Adawiyah Mohd Suhami pada minit ke-26.
Malaysia tidak iktiraf penjenayah rentas sempadan miliki dua kerakyatan - Saifuddin
Malaysia tidak mengiktiraf individu yang mempunyai dua kewarganegaraan, susulan laporan polis Thailand bahawa banyak penjenayah rentas sempadan memiliki dua kad pengenalan.