awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 165 kes baharu di Victoria, kluster kolej dikenal pasti

Agensi
Agensi
09/07/2020
10:27 MYT
COVID-19: 165 kes baharu di Victoria, kluster kolej dikenal pasti
Terdahulu, bandar kedua terbesar Australia, Melbourne dikenakan perintah berkurung selama enam minggu berikutan peningkatan kes COVID-19. - Foto AP Newsroom
Sebanyak 165 kes baharu COVID-19 direkodkan di wilayah Victoria, Australia dalam tempoh 24 jam lalu.
Menurut pihak berkuasa kesihatan wilayah berkenaan, daripada jumlah itu enam kes baharu direkodkan dalam kluster Al-Taqwa College.
Sehingga kini, kluster tersebut mencatatkan 113 kes positif.
Kes pertama bagi kluster itu direkodkan pada 27 Jun lalu dan telah memaksa lebih 2,000 pelajar dan ratusan pekerja dikuarantin.
Bagaimanapun, menurut Ketua Menteri Victoria, Daniel Andrews, penularan dalam kluster tersebut kini terkawal dan menggesa orang ramai agar terus duduk di rumah bagi memutuskan rantaian jangkitan di wilayah tersebut.
"Jika kita semua tidak bekerjasama dan mengambil serius tentang perkara ini, maka kita tidak akan mencapai kestabilan angka apatah lagi menurunkan kadar kes baharu dan tidak akan boleh menghentikan tempoh enam minggu ini dan membuka semula ekonomi di wilayah ini.
"Jadi, keadaan kini perlu sejajar dengan keadaan semasa. Kita perlu memastikan semua menjalankan tanggungjawab masing-masing," katanya.
BACA: Penutupan Melbourne adalah perlu - PM Australia
Terdahulu, bandar kedua terbesar Australia, Melbourne dikenakan perintah berkurung selama enam minggu berikutan peningkatan kes COVID-19.
Susulan perintah itu, penduduk tidak dibenarkan untuk meninggalkan kawasan perumahan mereka sejak Rabu lalu.
BACA: Melbourne kenakan perintah berkurung enam minggu selepas rekod 191 kes baharu COVID-19
Topic Berkaitan
#Al-Taqwa College
#Australia
#COVID-19
#Daniel Andrews
#kluster
#Melbourne
#Victoria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan