awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Starmer mohon maaf kepada mangsa Epstein, akui percaya "pembohongan" Mandelson
Bandar Jepun batalkan festival sakura susulan tingkah laku pelancong tidak beradab
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina Bernama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 327 kes baharu di Singapura, sembilan jangkitan dalam komuniti

Bernama
Bernama
17/07/2020
10:41 MYT
COVID-19: 327 kes baharu di Singapura, sembilan jangkitan dalam komuniti
Singapura mengklasifikasikan 627 daripada jumlah kes sebagai kes import, 2,095 kes komuniti dan 44,404 melibatkan kes penghuni asrama. - Gambar fail/REUTERS
Singapura mencatatkan 327 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas, dengan sembilan kes merupakan jangkitan dalam komuniti, menjadikan angka keseluruhannya berjumlah 47,453.
Menurut data ringkas yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu, enam daripada sembilan kes jangkitan komuniti melibatkan warga Singapura atau pemastautin tetap manakala tiga lagi merupakan pemegang pas kerja.
Kementerian itu memaklumkan terdapat tiga kes import membabitkan mereka yang dikenakan notis duduk di rumah sebaik tiba di Singapura dan sehingga semalam, Singapura telah mengeluarkan 101,300 notis.
Bagi kes hari ini, sebahagian besarnya masih merupakan pekerja asing yang tinggal di asrama, menurut MOH.
Menurut data penuh yang dikeluarkan lewat semalam, Singapura mengklasifikasikan 627 daripada jumlah kes sebagai kes import, 2,095 kes komuniti dan 44,404 melibatkan kes penghuni asrama.
Secara keseluruhan, 43,256 telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan dan dibenarkan keluar hospital atau kemudahan penjagaan komuniti.
Setakat 12 tengah hari semalam, terdapat 146 kes disahkan masih berada di hospital dengan kebanyakannya stabil atau bertambah baik, dan tiada yang dirawat di unit rawatan rapi.
Sebanyak 3,697 pesakit yang mempunyai gejala ringan atau sihat secara klinikal tetapi masih diuji positif COVID-19 telah diasingkan dan dirawat di kemudahan komuniti.
Setakat ini, 27 orang telah meninggal dunia akibat komplikasi daripada jangkitan COVID-19 di sini.
Tiada kluster baharu dikenal pasti semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#jangkitan dalam komuniti
#Kementerian Kesihatan
#kes baharu
#pekerja asing
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan