awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 37 peratus pesakit alami simptom 'long COVID' - Kajian

Astro Awani
Astro Awani
30/09/2021
01:07 MYT
COVID-19: 37 peratus pesakit alami simptom 'long COVID' - Kajian
Simptom itu kebiasaannya berlaku kepada mereka yang dimasukkan ke hospital dan kebanyakkannya juga melibatkan wanita. - Gambar hiasan
SEKURANG-kurangnya satu simptom jangka panjang COVID-19 atau 'long covid' dikesan pada 37 peratus pesakit selepas tiga hingga enam bulan dijangkiti.
Menurut kajian dari Universiti Oxford dan Institut Penyelidikan Kesihatan Nasional, gejala yang biasa termasuk masalah pernafasan, keletihan, kesakitan dan kegelisahan.
Dapatan berkenaan diperoleh dengan penglibatan lebih 270,000 bekas pesakit COVID-19.
Menurut kajian itu juga, simptom itu kebiasaannya berlaku kepada mereka yang dimasukkan ke hospital dan kebanyakkannya juga melibatkan wanita.
Namun tiada keterangan lanjut mengenai gejala jangka panjang ini dan berapa lama ia akan bertahan.
Kebanyakan individu lanjut usia dan lelaki dilaporkan mengalami kesukaran bernafas manakala bagi orang muda dan wanita mengalami sakit kepala, masalah di perut dan kemurungan.
Jelas ketua pengkaji dari Universiti Oxford, Paul Harrison, pihaknya juga akan mengenal pasti mekanisme untuk langkah pencegahan dan rawatan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#long COVID
#Universiti Oxford
#sesak nafas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan