awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pokok tualang berusia lebih 100 tahun ditebang bagi laluan projek LTU Pakej 2A
RM4.42 juta SHAKAM disalur kepada pemenang Sukan SEA, Para ASEAN 2025
Lebih 9,300 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel sehingga Februari 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Actemra dan Kevzara kurangkan risiko kematian - WHO

Astro Awani
Astro Awani
06/07/2021
22:57 MYT
COVID-19: Actemra dan Kevzara kurangkan risiko kematian - WHO
Kedua-dua ubat ini lazimnya digunakan untuk merawat masalah arthritis atau keradangan sendi. - Gambar fail
PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) pada Selasa menyarankan penggunaan ubat Actemra keluaran Roche dan Kevzara keluaran Sanofi untuk mengurangkan risiko kematian akibat COVID-19.
Kedua-dua ubat ini lazimnya digunakan untuk merawat masalah arthritis atau keradangan sendi.
Saranan itu dikeluarkan selepas data kajian daripada 11,000 pesakit mendapati ubat berkenaan mengurangkan risiko kematian.
Kajian dijalankan satu kumpulan WHO yang mengkaji terapi bagi merawat pesakit COVID yang teruk dan kritikal.
Ia merumuskan, Actemra dan Kevzara mampu menyekat keradangan, mengurangkan risiko kematian dan penggunaan mesin bantuan pernafasan.
Dengan penemuan ini, WHO sudah mengemas kini panduan penjagaan klinikal bagi pesakit COVID-19.
Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (USFDA) minggu lalu memberi kelulusan kecemasan Actemra untuk COVID-19.
WHO turut mendesak lebih banyak dilakukan untuk meningkatkan akses ubat-ubatan bagi negara miskin yang kini berdepan peningkatan kes COVID-19.
Topic Berkaitan
#WHO
#Amerika Syarikat
#Actemra
#Kevzara
#COVID-19
#USFDA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan