Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 17 September 2026.
Advertisement

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 17 September 2026.

  1. Empat lelaki diburu selepas larikan barang kemas

    Dua suspek memasuki premis berkenaan sebelum memecahkan tiga cermin pameran menggunakan tukul dan melarikan pelbagai barang kemas.
     
  2. Anggota tentera didakwa sepak anak kandung berusia lima tahun

    Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin tempatan serta mengenakan beberapa syarat tambahan.
  3. Ketua jurulatih beregu lelaki remaja keluar hospital, BAM tunggu nasihat doktor

    Pang Cheh Chang dibenarkan keluar dari Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pagi ini, selepas hampir pitam ketika Kejohanan Badminton Bawah 19 Tahun Kebangsaan semalam.
     
  4. Ab Ghani Presiden FAM baharu

    Datuk Ab Ghani Hassan memperoleh 20 undi daripada kesuluruhan 25 perwakilan dalam Kongres Luar Biasa Kedua FAM pada Khamis.
     
  5. Tuanku Muhriz kekal Yang di-Pertuan Besar yang sah – DKU

    Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan berkata, MMKN tidak mempunyai kuasa menentukan kedudukan Yang di-Pertuan Besar.
     
  6. Proklamasi turun takhta Tuanku Muhriz diputuskan semua Exco - MB

    Keputusan itu dicapai hasil perbincangan mendalam serta persetujuan penuh dalam Mesyuarat Exco yang berlangsung sebelum ini.
     
  7. MyKad generasi baharu boleh terus diguna bagi urusan bantuan, subsidi - JPN

    MyKad generasi baharu kekal sebagai dokumen pengenalan diri rasmi rakyat Malaysia dan boleh terus digunakan bagi urusan bantuan serta subsidi kerajaan, menurut Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
     
  8. Dua ahli kimia warga asing antara dalang sindiket, polis rampas dadah RM35.24 juta

    Polis menumpaskan sindiket mengedar dan memproses dadah yang didalangi dua lelaki warga asing dalam enam serbuan di Lembah Klang pada 10 Sept lepas, dengan pelbagai jenis dadah bernilai RM35.24 juta dirampas.
     
  9. Kerajaan perluas perlindungan bil elektrik kepada 800 kWj sehingga akhir tahun - PM

    Kerajaan memperluaskan perlindungan bil elektrik kepada pengguna domestik dengan penggunaan sehingga 800 kilowatt jam (kWj) sebulan, berbanding had 600 kWj sebelum ini.
     
  10. Proklamasi kedudukan Yamtuan Besar tidak sah, tidak patuhi perkara 10 UUTKNS - AGC

    Menteri Besar dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan tidak mempunyai kuasa unilateral untuk menamatkan atau mengosongkan jawatan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, jelas Jabatan Peguam Negara (AGC).

Must Watch Video

Advertisement