Skip to main content

Malaysia

Gempa bumi magnitud 3.7 dikesan 88 kilometer dari Sandakan

GEMPA
Gempa bumi lemah bermagnitud 3.7 dikesan berlaku pada jarak kira-kira 88 kilometer Utara dari Sandakan, Sabah pada 10.30 malam ini. - Foto Facebook MetMalaysia
Advertisement

KOTA KINABALU: Gempa bumi lemah bermagnitud 3.7 dikesan berlaku pada jarak kira-kira 88 kilometer Utara dari Sandakan, Sabah pada 10.30 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook hari ini memaklumkan gempa itu berlaku pada koordinat 6.6 darjah Utara dan 118.3 darjah Timur.

Menurut MetMalaysia, pusat gempa itu terletak kira-kira 354 kilometer Selatan dari Palawan, Filipina dan 88 kilometer Utara dari Sandakan, pada kedalaman 392 kilometer.

MetMalaysia memaklumkan kejadian itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement