awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Bali kehabisan bekalan oksigen

Astro Awani
Astro Awani
26/07/2021
00:05 MYT
COVID-19: Bali kehabisan bekalan oksigen
Bali memerlukan 113.3 tan oksigen sementara hospital di pulau itu hanya memiliki bekalan sebanyak 40.5 tan. - Foto Antara/Nyoman Hendra Wibowo/via REUTERS
JAKARTA: Pulau Bali di Indonesia semakin kehabisan oksigen untuk pesakit COVID-19 susulan kes jangkitan semakin yang meningkat.
Bali yang terkenal dalam kalangan pelancong tempatan mahupan luar negara, bersama 15 wilayah lain dikenakan sekatan COVID-19 ketat.
Ketua Badan Kesihatan Bali berkata, pihaknya kekurangan bekalan oksigen sejak 14 Julai lalu dan keadaan semakin kritikal ketika ini.
Indonesia yang merupakan negara keempat terpadat dunia, menyaksikan lebih 3 juta jangkitan dengan lebih 80,000 kes kematian akibat virus itu.
Penularan varian Delta memburukkan lagi keadaan di Indonesia.
Perdebatan antara pakar kesihatan dan kumpulan majikan mengenai sekatan COVID-19 menyukarkan lagi situasi di negara berkenaan.
Ketika ini, Bali memerlukan 113.3 tan oksigen sementara hospital di pulau itu hanya memiliki bekalan sebanyak 40.5 tan.
Kekurangan oksigen juga dilaporkan di Pulau Jawa.
Bagi mengatasi masalah ini, kerajaan telah mengimport bekalan oksigen daripada beberapa negara seperti Amerika Syarikat dan China namun ia masih tidak mencukupi.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Hospital
#bekalan oksigen
#sekatan pergerakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan