awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Biden kritik cara Trump kendali vaksin, nasihat rakyat bersabar

Astro Awani
Astro Awani
11/02/2021
23:17 MYT
COVID-19: Biden kritik cara Trump kendali vaksin, nasihat rakyat bersabar
Joe Biden (kiri) ketika melawat Institut Kesihatan Nasional (NIH) di Bethesda, Maryland, 11 Feb, 2021. (Foto AP)
PRESIDEN Amerika Syarikat Joe Biden mengkritik program vaksinasi koronavirus yang diwarisinya daripada Donald Trump dan meminta rakyat Amerika untuk bersabar ketika beliau berusaha memperbaikinya.
Pada masa sama, Biden berkata, kerajaan Amerika Syarikat telah menandatangani kontrak 100 juta dos vaksin Moderna dan 100 juta lagi dari Pfizer.
"Ia benar-benar menjadi masalah logistik yang besar bagi kita," katanya pada Khamis ketika melawat Institut Kesihatan Nasional (NIH) di Bethesda, Maryland.
Dengan permintaan untuk vaksin jauh melebihi bekalan, rakyat Amerika berdepan kesukaran mendapatkan janji temu untuk inokulasi.
Ini menyebabkan Biden menghadapi masalah serius tidak sampai sebulan selepas mengambil alih pentadbiran dari Trump.
Biden berkata, Trump yang menghabiskan dua bulan terakhirnya berusaha menolak keputusan pilihan raya presiden 3 Nov lalu, tidak membuat tempahan vaksin yang mencukupi dan tidak bersungguh memastikan orang ramai mendapat vaksin.
Kenyataan itu dibuat ketika Biden menemui beberapa saintis terkemuka Amerika yang berada di barisan hadapan memerangi COVID-19 di Makmal Patogenesis Viral, NIH, yang mencipta vaksin COVID-19 dihasilkan oleh Moderna.
Amerika Syarikat sedang berusaha mencapai matlamat Biden memberikan 100 juta dos vaksin dalam 100 hari pertama di pejabat, dengan lebih 26 juta suntikan diberikan dalam tiga minggu pertama.
Sementara itu, Biden berusaha untuk mengurangkan masalah bekalan dan memastikan negara mempunyai cukup vaksin dua dos untuk melindungi 300 juta rakyat Amerika pada akhir musim panas.
Kelajuan fasa untuk suntikan dapat ditingkatkan lagi jika vaksin koronavirus Johnson & Johnson mendapat kelulusan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#COVID-19
#Amerika Syarikat
#Joe Biden
#vaksin
#Pfizer
#program vaksinasi
#koronavirus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan