KUALA LUMPUR: Bintang skuasy wanita negara, S. Sivasangari, mara ke separuh akhir kejohanan berstatus Platinum buat kali pertama dalam Jelajah Skuasy PSA selepas lawannya dari Belgium, Tinne Gilis, menarik diri akibat kecederaan pada suku akhir Qatar Classic 2026 di Doha, hari ini.
Menurut Jelajah Skuasy PSA, pemain ranking kelima dunia itu sepatutnya berdepan Gilis pada aksi suku akhir, namun pemain Belgium berkenaan terpaksa menarik diri akibat kecederaan.
Sivasangari kini akan berdepan pemain nombor satu dunia dari Mesir, Hania El Hammamy, yang turut mara secara percuma selepas rakan senegaranya, Nouran Gohar, menarik diri daripada aksi suku akhir akibat kecederaan.
Rekod pertemuan menyaksikan Sivasangari hanya meraih dua kemenangan dalam 11 pertemuan dengan Hania sebelum ini.
Dua kemenangan itu dicatatkan pada 2017 dan 2024.
-- BERNAMA