awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakar cadang wujudkan Akta TVET bagi tingkat pelaksanaan NIMP 2030
Polis tahan tiga lelaki miliki pelbagai spesies kura-kura
Belia terperangkap dalam ‘survival mode’, kurang impak kepada ekonomi digital – Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Biden minta rakyat lebih waspada ketika jumlah kes catat rekod baharu

Astro Awani
Astro Awani
05/01/2022
00:33 MYT
COVID-19: Biden minta rakyat lebih waspada ketika jumlah kes catat rekod baharu
Biden minta agar rakyatnya meningkatkan kewaspadaan ketika jumlah jangkitan COVID-19 negara itu mencatat rekod baharu. -Gambar fail/Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden minta agar rakyatnya meningkatkan kewaspadaan ketika jumlah jangkitan COVID-19 negara itu mencatat rekod baharu.
Biden menegaskan pentadbirannya kini berusaha mengurangkan kebimbangan berhubung kekurangan ujian, penutupan sekolah serta gangguan lain kesan peningkatan kes berkaitan varian Omicron.
Biden bagaimanapun berkata vaksin penggalak dan ubat terapautik membantu mitigasi daripada ancaman varian Omicron.
"Anda boleh mengawal kesan daripada Omicron, sekiranya dijangkiti varian ini, khususnya mereka yang mendapat suntikan penggalak.
"Anda masih boleh dijangkiti COVID-19, tetapi kemungkinan untuk menjadi kritikal adalah sangat rendah.
"Kami juga mengesan COVID-19 dalam kalangan yang sudah divaksinasi di tempat kerja di seluruh negara, termasuk di White House.
"Tetapi, sekiranya anda sudah divaksinasi, termasuk lengkap suntikan penggalak, anda dilindungi," kata Biden.
Biden turut mengumumkan penambahan pesanan pil antiviral keluaran Pfizer yang diluluskan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA).
Topic Berkaitan
#COVID-19
#White House
#Joe Biden
#suntikan penggalak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan