awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPKT keluarkan peringatan akhir susulan penguatkuasaan perintah khidmat masyarakat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Batik ecoprint hasil karya anak didik Cikgu Hadi curi tumpuan di Festival Kraf Johor 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: China jalankan 11 juta ujian hanya dalam lima hari

Bernama
Bernama
17/10/2020
02:30 MYT
COVID-19: China jalankan 11 juta ujian hanya dalam lima hari
Seorang wanita terpaksa duduk beratur terlalu lama untuk menjalani ujian saringan susulan kes jangkitan baharu di sebuah kawasan perumahan di Qingdao, dalam wilayah Shandong, di timur China, 12 Okt, 2020. (Foto AP)
ANKARA:China melakukan 11 juta ujian saringan COVID-19 hanya dalam masa lima hari, di bandar di timur Qingdao selepas kes baharu dilaporkan hujung minggu lalu.
Sebanyak 13 kluster jangkitan dikesan di bilik imbasan CT Qingdao Chest Hospital, lapor Agensi Anadolu memetik Global Times.
Pihak berkuasa mendapati bilik itu digunakan untuk pesakit COVID-19 dan pesakit lain, tanpa menjalani proses disinfeksi yang betul.
Kemudahan perubatan itu ditutup sejak Ahad lalu.
Ujian saringan itu bermula pada Isnin dan berakhir pada Jumaat.
Pihak berkuasa mewujudkan lebih 4,000 tempat pengumpulan sampel, dikendalikan lebih 10,000 petugas perubatan.
Sekurang-kurangnya dua pegawai dikenakan tindakan berikutan kemunculan kluster itu.
BACA: COVID-19: Akibat 12 kes baharu, 9 juta penduduk disaring dalam 5 hari
Presiden hospital Deng Kai dipecat manakala pengarah suruhanjaya kesihatan perbandaran Sui Zhenhua digantung tugas.
Kluster Qingdao mencetuskan kebimbangan berikutan China sudah mengumumkan kejayaan mereka melawan wabak itu bulan lalu.
Sejak jangkitan pertama dilaporkan di Wuhan, wilayah Hubei pada Disember lalu, China sudah melaporkan 85,646 kes termasuk 4,634 kematian dan 80,759 pemulihan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#China
#jangkitan
#kes positif
#jangkitan baharu
#Qingdao
#sampel
#ujian saringan
#kluster
#proses disinfeksi
#Qingdao Chest Hospital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan