awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Columbia negara kelapan lepasi 1 juta kes jangkitan

Isabelle Leong
Isabelle Leong
25/10/2020
02:17 MYT
COVID-19: Columbia negara kelapan lepasi 1 juta kes jangkitan
Columbia yang mempunyai populasi penduduk seramai 50 juta menyaksikan peningkatan jangkitan COVID-19 pada Ogos dan mencatatkan penurunan kes sejak itu. - Gambar hiasan
BILANGAN kes positif COVID-19 di Columbia kini melepasi paras satu juta setakat Ahad, menurut Kementerian Kesihatan negara tersebut.
Ia sekali gus menjadikan negara itu sebagai yang kedua di Amerika Latin merekodkan kes melebihi sejuta selepas Argentina.
Negara yang mempunyai populasi penduduk seramai 50 juta itu menyaksikan peningkatan dalam kes jangkitan COVID-19 pada Ogos dan mencatatkan penurunan kes sejak itu.
Bagaimanapun, negara itu terus merekodkan sekitar 8,000 kes jangkitan baharu setiap hari.
Columbia menjadi negara kelapan di dunia melepasi angka 1 juta selepas Amerika Syarikat, India, Brazil, Rusia, Perancis, Argentina dan Sepanyol.
BACA: COVID-19: Kes jangkitan di AS cecah satu juta
BACA: Kes COVID-19 hampiri 14 juta, India negara terbaharu rekod 1 juta jangkitan
BACA: COVID-19: Perancis negara ketujuh catat angka 1 juta kes
Peru dan Mexico masing-masing dijangka akan mencapai 1 juta kes positif COVID-19 dalam tempoh beberapa minggu.
Argentina menjadi negara Amerika Latin pertama mencatat kes positif COVID-19 sebanyak sejuta pada 20 Oktober lalu.
Secara keseluruhan, Amerika Latin terus merekodkan bilangan kes tertinggi dengan lebih 100,000 kes jangkitan disahkan setiap hari.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Columbia
#kes positif
#Amerika Latin
#Argentina
#India
#Brazil
#Rusia
#Perancis
#sepanyol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan