awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19 di Jakarta makin membimbangkan, kes positif baharu melebihi 1,000 sejak semalam

Bernama
Bernama
31/08/2020
10:55 MYT
COVID-19 di Jakarta makin membimbangkan, kes positif baharu melebihi 1,000 sejak semalam
Provinsi Jawa Timur menjadi provinsi kedua tertinggi kes positif virus itu iaitu 33,543 kes. -Reuters
Kes positif baharu COVID-19 di Jakarta direkodkan melebihi angka 1,000 untuk tempoh dua hari berturut-turut sejak semalam, menjadikan provinsi itu kini mencatatkan kes positif keseluruhan berjumlah 40,086 kes.
Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Prof Wiku Adisasmito dalam sidang medianya yang disiarkan di YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) berkata, 1,049 kes positif baharu direkodkan di Jakarta dalam tempoh 24 jam lepas, selepas mencatatkan 1,094 kes positif baharu pada hari sebelumnya.
Beliau berkata pemerintah Jakarta perlu lebih tegas dalam menguatkuasakan peraturan yang ditetapkan menerusi Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) fasa transisi di Jakarta, yang antaranya mewajibkan pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal di tempat awam termasuk rumah-rumah ibadat.
Bagi jumlah kes positif keseluruhan di Indonesia, kes positif virus itu kini meningkat kepada 174,796 iaitu tambahan sebanyak 2,743 kes.
Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 74 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian keseluruhan di Indonesia kini 7,417 orang.
Provinsi Jawa Timur menjadi provinsi kedua tertinggi kes positif virus itu iaitu 33,543 kes. Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 2,370 orang, diikuti Jakarta (1,198), Jawa Tengah (998), Sulawesi Selatan (360) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Indonesia
#Jakarta
#jawa
#kes positif
#koronavirus
#rakyat
#republik
#YouTube
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan