awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Disangka telah meninggal dunia, wanita bangun beberapa minit sebelum dibakar

Astro Awani
Astro Awani
17/05/2021
01:23 MYT
COVID-19: Disangka telah meninggal dunia, wanita bangun beberapa minit sebelum dibakar
Seorang warga emas yang dipercayai telah meninggal dunia akibat virus COVID-19, tiba-tiba sedar beberapa minit sebelum upacara pembakaran mayatnya dilakukan di Baramati, India. -Gambar hiasan
BARAMATI: Seorang wanita warga emas yang dipercayai telah meninggal dunia akibat virus COVID-19 tiba-tiba sedar beberapa minit sebelum upacara pembakaran mayatnya dilakukan di Baramati, India.
Shakuntala Gaikwad, 76, disahkan positif COVID-19 dan dibawa ke hospital pada 10 Mei selepas keadaan kesihatannya semakin buruk, lapor portal berita India Today.
Ketika menerima rawatan di hospital, Gaikwad tidak sedarkan diri dan disangka telah meninggal dunia.
'Mayatnya' dibawa pulang ke rumah keluarga sejurus selepas itu.
Ketika upacara pembakaran mayat sedang dilakukan, Gaikwad tiba-tiba membuka mata dan terus menangis.
Menurut pegawai polis, Santosh, Gaikwad dikejarkan ke Hospital Silver Jubilee bagi menerima rawatan.
Krisis COVID-19 di India semakin memburuk dalam beberapa minggu ini.
Pada Sabtu, negara itu mencatatkan lebih 326,000 kes positif baharu dalam tempoh 24 jam.
Kes kematian pula mencecah 4,000 kes setiap hari.
Sepanjang minggu lepas, India merekodkan lebih 1.7 juta kes positif baharu dengan lebih 20,000 kes kematian.
Kenaikan mendadak ini telah melumpuhkan sistem kesihatan negara itu terutamanya di kawasan pedalaman.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#warga emas
#pembakaran mayat
#Baramati
#mayat tiba-tiba bangun
#kes positif
#meninggal dunia
#Shakuntala Gaikwad
#Hospital Silver Jubilee
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan