awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Jangkitan kes positif di Peru melebihi 1 juta kes

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
23/12/2020
14:33 MYT
COVID-19: Jangkitan kes positif di Peru melebihi 1 juta kes
Pihak berkuasa memaklumkan, Peru merekodkan 1,000,153 kes pada petang Selasa sementara lebih 37,000 kematian dilaporkan di negara itu akibat COVID-19. - Gambar AP
LIMA:Jangkitan COVID-19 di Peru mencecah satu juta kes pada Selasa, menjadi negara kelima di Amerika Latin melaporkan peningkatan kes ketika wilayah itu berjuang melawan pademik itu.
Peru yang berpopulasi 32 juta penduduk, melaksanakan perintah berkurung pada Mac selepas wabak itu merebak di Eropah.
Pihak berkuasa memaklumkan, Peru merekodkan 1,000,153 kes pada petang Selasa.
Sementara lebih 37,000 kematian dilaporkan di negara itu akibat COVID-19.
Peru mengaktifkan semula ekonomi negara pada Ogos selepas kes kemuncak pada akhir Julai.
Kira-kira 70 peratus pekerja di Peru memerlukan mereka keluar bekerja menyebabkan jangkitan kes terus merebak.
Antara lain, para pekerja juga kekurangan peralatan untuk meneruskan kerja dari rumah.
Dalam pada itu, ketika Peru memerangi wabak tersebut, ia juga dilanda pergolakan politik.
Pada November, presiden Martin Vizcarra dipaksa letak jawatan selepas didakwa menerima rasuah.
Vizcarra digantikan Manuel Merino yang bertahan kurang dari seminggu selepas protes besar-besaran memaksanya untuk mengundurkan diri.
Presiden baru, Francisco Sagasti, dilantik kongres dan berjanji untuk mengadakan pilihan raya tahun depan.
Kerajaannya kini sedang berjuang untuk membeli vaksin COVID-19 dan pada masa sama menyalahkan pentadbiran Vizcarra kerana tidak menyelesaikan pembelian bersama Pfizer dengan sembilan juta vaksin.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kes positif
#perintah berkurung
#Peru
#eropah
#Martin Vizcarra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan