awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Jerman ketatkan sekatan susulan penularan pantas Omicron

Astro Awani
Astro Awani
08/01/2022
01:13 MYT
COVID-19: Jerman ketatkan sekatan susulan penularan pantas Omicron
Seorang wanita dilihat berjalan di hadapan restoran dan bar yang tutup di Frankfurt. - Foto AP
BERLIN: Pemimpin Jerman bersetuju untuk memperketatkan syarat kemasukan ke restoran dan bar serta memutuskan untuk memendekkan tempoh kuarantin dan pengasingan diri susulan varian Omicron merebak dengan pantas ke seluruh negara itu.
Garis panduan baharu yang diperkenalkan Canselor Olaf Scholz dan 16 gabenor negeri lain itu dibuat selepas Krismas yang menghadkan perhimpunan kepada 10 orang dan menutup kelab malam.
Keputusan itu merupakan keperluan yang dipertingkatkan untuk restoran dan bar di seluruh negara.
Pelanggan perlu menunjukkan sama ada mereka telah menerima suntikan dos penggalak atau memberikan keputusan ujian negatif sebagai bukti bahawa mereka telah divaksin atau pulih daripada COVID-19.
Scholz dan gabenor lain juga bersetuju untuk memendekkan tempoh kuarantin atau pengasingan diri yang kini selama 14 hari.
Orang ramai yang telah menerima dos penggalak tidak lagi perlu menjalani kuarantin selepas kontak rapat dengan kes koronavirus.
Tempoh kuarantin atau pengasingan diri boleh ditamatkan selepas 10 hari jika mereka tidak mempunyai jangkitan dan tiada simptom.
Ia juga boleh dipendekkan kepada tujuh hari sekiranya ujian saringan negatif.
Dalam tempoh 24 jam yang lalu, 56,335 kes baharu dilaporkan.
Dalam laporan mingguannya pada Khamis, Pusat Pengawalan Penyakit Nasional berkata, Omicron menyumbang 44.3 peratus kes yang diuji untuk varian itu di Jerman minggu lalu, meningkat daripada 15.8 peratus minggu sebelumnya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Omicron
#sekatan
#Olaf Scholz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan