awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Jerman mula hadkan akses kepada golongan antivaksin

Astro Awani
Astro Awani
15/11/2021
22:48 MYT
COVID-19: Jerman mula hadkan akses kepada golongan antivaksin
Berlin menjadi negeri terbaharu di Jerman yang mengehadkan akses ke restoran, pawagam, muzium dan konsert kepada warganya yang menolak vaksin atau baru pulih daripada COVID-19. -Gambar hiasan/AP
FRANKFURT: Berlin menjadi negeri terbaharu di Jerman yang mengehadkan akses ke restoran, pawagam, muzium dan konsert kepada warganya yang menolak vaksin atau baru pulih daripada COVID-19.
Pada Khamis, Parlimen Jerman dikatakan akan mengundi rang undang-undang baharu bagi sekatan COVID-19 yang dirangka oleh parti-parti yang dijangka membentuk kerajaan seterusnya di negara itu.
Sekatan itu dilapor sedang dipertingkat bagi membenarkan undang-undang yang lebih ketat dikuatkuasakan.
Secara berasingan, ketiga-tiga parti yang berharap untuk memegang jawatan awal bulan depan juga dijangka memperkenalkan mandat vaksin di beberapa kawasan.
Jerman ketika ini sedang bergelut untuk membawa momentum baharu kepada kempen pemvaksinannya.
Hanya lebih dua pertiga daripada populasi telah divaksin sepenuhnya, Jerman juga berusaha berkempen untuk suntikan penggalak.
Pada Jumaat, kadar jangkitan negara meningkat kepada 277.4 kes baharu bagi setiap 100,000 penduduk dalam tempoh tujuh hari.
Jumlah itu meningkat daripada 263.7 hari sebelumnya.
Institut Robert Koch melaporkan 45,081 jangkitan baharu, dua hari selepas jumlah harian melebihi 50,000 buat kali pertama.
Sebanyak 228 lagi kematian COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kematian di Jerman setakat ini kepada 97,617.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#antivaksin
#hadkan akses
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan