awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes baharu di Indonesia berterusan meningkat, hampiri 48 ribu kes

Bernama
Bernama
13/07/2021
10:59 MYT
COVID-19: Kes baharu di Indonesia berterusan meningkat, hampiri 48 ribu kes
Semakin meruncing, kes baharu COVID-19 di Indonesia berterusan meningkat dan hampir mencecah 48,000 kes, hari ini. - Gambar fail/REUTERS
JAKARTA: Semakin meruncing, kes baharu COVID-19 di Indonesia berterusan meningkat dan hampir mencecah 48,000 kes, hari ini.
Menurut data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, sebanyak 47,899 kes baharu direkodkan menjadikan jumlah kes keseluruhan kini meningkat kepada 2,615,529 kes.
Sebanyak 865 lagi kematian direkodkan bagi tempoh 12 tengah hari semalam hingga 12 tengah hari tadi, menjadikan jumlah yang meninggal dunia akibat virus itu kini meningkat kepada 68,219.
Angka yang tinggi itu dicatatkan walaupun pemerintah Indonesia menguatkuasakan Pemberlakuan Pembatasan Kegiatan Masyarakat Darurat (PPKM Darurat) di Pulau Jawa dan Bali sejak 3 Julai lepas, selain mengetatkan lagi protokol kesihatan di pelbagai sektor sosio dan ekonomi.
Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati dalam satu kenyataan hari ini berkata PPKM Darurat diperpanjangkan selama enam minggu lagi bermula hari ini.
Antara peraturan PPKM Darurat adalah penutupan pusat-pusat membeli belah, penerapan 100 peratus bekerja dari rumah bagi sektor bukan penting, penutupan rumah-rumah ibadat, pembelajaran dari rumah sepenuhnya, larangan makan di restauran, kedai makan atau warung dan tempat-tempat atau pusat pelancongan dan rekreasi ditutup.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#kes baharu
#48 ribu
#COVID-19
#pulau jawa
#Bali
#PPKM Darurat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan