Skip to main content

Malaysia

Mayat lelaki ditemukan separuh tertanam di tebing terusan pengairan

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Dennis Lim Kwang Keng mengesahkan penemuan mayat itu dan memaklumkan bahawa siasatan lanjut masih dijalankan. - Gambar fail/Bernama
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Dennis Lim Kwang Keng mengesahkan penemuan mayat itu dan memaklumkan bahawa siasatan lanjut masih dijalankan. - Gambar fail/Bernama
Advertisement

NIBONG TEBAL: Mayat seorang lelaki dengan kesan kecederaan pada bahagian kepala ditemukan dalam keadaan separuh tertanam di tebing terusan pengairan di Kampung Baru, Ladang Byram di sini, malam tadi.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Dennis Lim Kwang Keng mengesahkan penemuan mayat itu dan memaklumkan bahawa siasatan lanjut masih dijalankan.

Difahamkan, mayat itu ditemukan oleh orang awam kira-kira 11 malam sebelum kejadian itu dimaklumkan kepada pihak polis.

Advertisement

Pemeriksaan awal pasukan forensik polis menemukan tompokan darah berhampiran lokasi penemuan mayat itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Advertisement

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement