awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes global lebih 139 juta, korban hampir 3 juta

Astro Awani
Astro Awani
16/04/2021
22:04 MYT
COVID-19: Kes global lebih 139 juta, korban hampir 3 juta
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Rusia, Perancis, Jerman, Sepanyol dan Colombia. - REUTERS
JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 global kini melebihi 139 juta.
Ini berikutan pertambahan lebih ratusan ribu kes dalam tempoh 24 jam yang lepas.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) masih kekal negara paling terjejas dengan lebih 31.55 juta kes.
Ini diikuti Brazil dan India dengan masing-masing merekodkan 14.29 juta kes dan 13.74 juta kes.
Manakala negara yang melebihi angka 5 juta kes adalah Perancis sementara melebihi 4 juta adalah Rusia dan United Kingdom.
Sementara Itali, Turki, Sepanyol dan Jerman melebihi 3 juta.
Poland, Colombia, Argentina dan Mexico mencatat lebih 2 juta kes.
Ukraine, Peru, Afrika Selatan, Indonesia, Kanada dan Belanda pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.
Manakala, Romania, Belgium, Iraq, Portugal dan Filipina pula antara negara yang merekodkan angka lebih 500,000 kes.
Kebanyakan negara lain merekodkan angka positif di bawah 300,000 kes.
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia turut mencatatkan peningkatan sejak 24 jam lepas selepas lebih 12,000 kematian baharu direkodkan.
Ia menjadikan jumlah kumulatif kematian kini melebihi 2.99 juta kes.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 566,000 kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 365,000 kes, Mexico, lebih 211,000 kes.
Manakala India, United Kingdom, Itali dan Rusia pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Rusia, Perancis, Jerman, Sepanyol dan Colombia.
Ini termasuk Iran, Argentina, Afrika Selatan, Poland dan Peru.
Manakala negara yang mencatatkan antara 30,000 hingga 50,000 kes kematian adalah Indonesia, Ukraine dan Turki.
Kebanyakan negara lain merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.
Topic Berkaitan
#Johns Hopkins University
#COVID-19
#angka korban
#jumlah kematian
#Amerika Syarikat
#Afrika Selatan
#kes positif
#United Kingdom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan