JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh negara kini melebihi 119.77 juta.

Data terbaharu John Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 29.43 juta kes dilaporkan setakat ini.

Ini diikuti India dengan 11.43 juta kes dan Brazil, lebih 11.35 juta kes.

Negara yang melebihi angka empat juta kes adalah Rusia, United Kingdom dan Perancis, sementara Itali dan Sepanyol melebihi tiga juta kes.

Dalam pada itu, Turki, Jerman, Colombia, Argentina dan Mexico mencatatkan lebih dua juta kes.

Poland, Iran, Afrika Selatan, Ukraine, Indonesia, Peru dan Belanda pula mencatatkan lebih sejuta kes positif COVID-19.

Sementara itu Kanada, Chile, Romania, Portugal, Belgium, Iraq, Sweden, Filipina, Pakistan, Switzerland, Bangladesh, Serbia dan Hungary pula antara negara yang merekodkan angka lebih 500,000 kes.

Negara-negara lain termasuk Malaysia merekodkan angka positif di bawah 500,000 kes.

Sementara itu data yang sama menunjukkan angka kematian akibat COVID-19 global kini melepasi 2.65 juta dengan AS kekal merekodkan jumlah tertinggi dengan lebih 534,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 277,000 kes.

Mexico, India, United Kingdom dan Itali pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara-negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes adalah termasuk Perancis, Rusia, Jerman, Sepanyol, Iran, Colombia, Argentina dan Afrika Selatan.

Sementara negara yang mencatatkan antara 30,000 hingga 50,000 kes kematian adalah Peru, Poland dan Indonesia.

Selain itu, Ukraine, Turki, Belgium, Kanada dan Chile pula mencatatkan angka korban lebih 20,000 kes.

Kebanyakkan negara lain merekodkan angka kematian di bawah 20,000 kes.