JUMLAH keseluruhan penularan jangkitan COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 142 juta.

Data Johns Hopkins University menunjukkan angka kes positif kini meningkat kepada 142.45 juta, dengan Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan lebih 31.78 juta kes.

Angka itu diikuti India sebanyak 15.32 juta kes, manakala Brazil dengan 13.97 juta kes.

Russia, United Kingdom dan Turki pula adalah tiga negara dengan kes melebihi empat juta manakala Perancis, Sepanyol, Jerman dan Itali melebihi tiga juta kes.

Sementara itu, jumlah kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini pula sudah melebihi 3 juta kes.

Data menunjukkan Amerika Syarikat negara tertinggi mencatatkan kes kematian iaitu 568,277, diikuti Brazil dengan 374,682 kes, manakala Mexico dan India masing-masing dengan 212,466 dan  180,530 kes.

Turut mencatat angka korban tinggi ialah United Kingdom dan Itali, masing-masing dengan 127,557 dan 117,633 kematian.