awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes positif di Indonesia 39,294 kematian 2,198 orang

Bernama
Bernama
15/06/2020
09:43 MYT
COVID-19: Kes positif di Indonesia 39,294 kematian 2,198 orang
Ahmad Yurianto berkata daripada jumlah keseluruhan kes positif itu, sebanyak 15,123 pesakit telah sembuh.
Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat melepasi angka 39,000 dengan jumlah kematian sebanyak 2,198 orang.
Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto,bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 1,017 tambahan kes positif baharu di seluruh Indonesia dengan 64 lagi kematian berlaku.
"Kes positif kini berjumlah 39,294 manakala sebanyak 13,649 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19," katanya dalam sidang media hariannya yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.
Ahmad Yurianto berkata daripada jumlah keseluruhan kes positif itu, sebanyak 15,123 pesakit telah sembuh.
"Bagi tempoh 24 jam berkenaan juga, sebanyak 592 lagi pesakit sembuh, kami optimistik virus ini boleh disembuhkan dan yakin ramai lagi yang akan sembuh," katanya.
Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian tertinggi keseluruhan iaitu 616 kes, diikuti provinsi Jakarta (557 kes), Jawa Barat (162), Kalimantan Selatan (131) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#achmad yurianto
#bnbp
#COVID-19
#Indonesia
#Jakarta
#kematian
#kes positif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan