awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes positif di Indonesia lepasi angka 2 juta, kes harian catat rekod tertinggi lebihi 14,000

Bernama
Bernama
21/06/2021
12:46 MYT
COVID-19: Kes positif di Indonesia lepasi angka 2 juta, kes harian catat rekod tertinggi lebihi 14,000
Indonesia merekodkan 14,536 kes baharu COVID-19, jumlah harian tertinggi sejak kes pertama dikesan pada Mac 2020. - Gambar fail/REUTERS
JAKARTA: Indonesia merekodkan 14,536 kes baharu COVID-19, jumlah harian tertinggi sejak kes pertama dikesan pada Mac 2020, menjadikan kes keseluruhan kini melepasi angka 2 juta.
Menurut data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, jumlah keseluruhan kes positif kini meningkat kepada 2,004,445.
Sebanyak 1,801,761 pesakit dikatakan sembuh, manakala sebanyak 294 lagi kematian berlaku menjadikan jumlah kematian keseluruhan kini meningkat kepada 54,956 orang.
Peningkatan kes baharu sejak minggu lepas itu dikaitkan dengan kegiatan balik kampung semasa sambutan Aidilfitri lepas, dan varian Delta yang lebih cepat menular.
Bermula esok, pemerintah Indonesia kembali meneruskan pelaksanaan Pemberlakuan Pembatasan Kegiatan Masyarakat Berskala Mikro (PPKM) sehingga 5 Julai, dengan mengetatkan lagi beberapa aktiviti sosio ekonomi.
Antaranya, pusat membeli belah dan restoran hanya dibenarkan beroperasi sehingga jam 8 malam, manakala beberapa jalan utama di Jakarta akan ditutup kepada lalu lintas bermula 9 malam hingga 4 pagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#kes baharu
#COVID-19
#Jakarta
#Varian Delta
#Aidilfitri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan