awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes positif di Indonesia lepasi angka 30 ribu, kematian 1,801

Bernama
Bernama
06/06/2020
10:52 MYT
COVID-19: Kes positif di Indonesia lepasi angka 30 ribu, kematian 1,801
Peningkatan kes positif berlaku drastik di wilayah Jawa Timur, iaitu 286 kes positif baharu dan 17 kematian dalam tempoh 24 jam berkenaan. - Gambar fail/BERNAMA
Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat, melepasi angka 30,000 dengan 993 kes baharu, dalam tempoh 24 jam.
Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19 Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 31 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sebanyak 1,801 orang, manakala kes positif kini berjumlah 30,514 kes.
"Seramai 13,347 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19," katanya dalam sidang media hariannya yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.
Peningkatan kes positif berlaku drastik di wilayah Jawa Timur, iaitu 286 kes positif baharu dan 17 kematian dalam tempoh 24 jam berkenaan.
Tiada kes kematian di provinsi Jakarta untuk tempoh 24 jam itu, namun Jakarta masih mencatatkan jumlah kematian tertinggi keseluruhan iaitu 524 kes, diikuti Jawa Timur (464 kes), Jawa Barat (158) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#achmad yurianto
#bnbp
#COVID-19
#Indonesia
#Jakarta
#kes baharu
#kes positif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan