DUNIA
COVID-19: Kes positif global 107.6 juta, kematian 2.36 juta

Dua wanita memakai topeng pelitup hidung dan mulut melalui jalan yang dihiasi tanglung sempena sambutan Tahun Baharu China dekat Tasik Houhai di Beijing, 11 Feb, 2021. Setakat ini, China merekodkan 100,515 kes positif COVID-19. (Foto AP)
JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini meningkat ke angka 107.6 juta.
Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih negara paling teruk terjejas dengan lebih 27.3 juta kes.
Ini diikuti India dengan 10.9 juta kes dan Brazil dengan lebih 9.6 juta kes.
Manakala negara yang melebihi angka 3 juta kes ialah United Kingdom, Rusia, Perancis dan Sepanyol.
Itali, Turki, Jerman, Colombia dan Argentina mencatat lebih 2 juta kes.
Mexico, Poland, Afrika Selatan, Iran, Ukraine, Peru, Indonesia, Czechia dan Belanda pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.

Kes aktif di seluruh dunia.
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 2.36 juta kes.
Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 474,198 kes.
Ini diikuti Brazil dengan 234,850 kes, manakala Mexico, India dan United Kingdom pula merekodkan lebih 100,000 kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Itali, Perancis, Rusia, Sepanyol, Jerman, Iran dan Colombia.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami