JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia ketika ini melebihi 396 juta.

Ini berikutan lebih dua juta kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan bilangan kes COVID-19 global kini mencecah 396,789,120.

Data Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 76 juta kes.

Ini diikuti India dengan 42 juta kes, Brazil 26 juta dan Perancis 21 juta.

Sementara itu, negara yang mencatatkan jumlah kes positif COVID-19 melebihi angka 10 juta ialah United Kingdom (17,987,243), Rusia (12,782,791) dan Turki (12,335,015).

Begitu juga Itali (11,663,338), Jerman (11,198,886) dan Sepanyol (10,395,471).

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan melebihi 4.5 juta kes.

Ini diikuti Filipina dengan lebih 3.6 juta, Malaysia lebih 2.9 juta kes, Thailand 2.5 juta kes, manakala Singapura merekodkan lebih 390,000 kes.

Sementara itu, angka korban akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 5.74 juta.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat terus merekodkan jumlah tertinggi dengan 904,718 kes kematian setakat ini.

Ini diikuti Brazil dengan 632,514 kes, India 502,874 kes, Rusia 329,264 kes manakala Mexico 309,546 kematian.

United Kingdom, Itali, Perancis dan Jerman pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 90,000 kes ialah Sepanyol.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 144,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua angka korban tertinggi dengan lebih 54,000 diikuti Malaysia dengan 32,000 kes dan Thailand, 22,000.