JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini mencecah 50,766,938.

Menurut statistik Johns Hopkins University, ratusan ribu kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan 10,029,556 kes.

Ini diikuti India dengan 8,553,657 kes, manakala Brazil merekodkan 5,664,115 kes.

Negara yang melepasi angka satu juta kes ialah Perancis, Rusia, Sepanyol, Argentina, United Kingdom dan Colombia.

Mexico, Itali, Peru, Afrika Selatan, Iran, Jerman, Poland dan Chile termasuk dalam negara yang merekodkan lebih setengah juta kes.

Negara dalam lingkungan angka 300,000 hingga 500,000 kes jangkitan COVID-19 ialah Iraq, Belgium, Ukraine, Indonesia dan Bangladesh.

Sementara itu, sebanyak 22 negara merekodkan angka positif dalam lingkungan 100,000 hingga 300,000 kes.

Kebanyakan negara lain merekodkan angka positif di bawah 100,000.